Categories
NASIONAL

Ringgit merudum, Najib ‘relaks’ tiada tindakan konkrit

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 29 SEP: Tiada sebarang tanda kejatuhan nilai ringgit berhenti, malah Kerajaan Persekutuan seolah-olah menganggap isu itu sebagai remeh.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, berkata disebalik kegawatan ekonomi semakin parah, Datuk Seri Najib Razak terlalu ‘relaks’ tanpa berusaha memberi keyakinan kepada rakyat.

Najib-RMKatanya keadaan itu memberi kesan buruk kepada rakyat berpendapatan rendah, jika kerajaan masih berdiam diri dan tidak mengambil langkah drastik.

“Perdana Menteri berada di New York sekarang dan saya tidak faham mengapa beliau berada di situ berbanding memberi tumpuan kepada masalah rakyat.

“Bagaimana pemimpin boleh membiarkan rakyatnya berada dalam kesusahan? Ia tindakan tidak bertanggungjawab dan Perdana Menteri relaks dalam isu ini,” katanya kepada Selangor Kini.

Pada masa sama, Charles berkata dasar ekonomi terbuka diamalkan di Malaysia memberi risiko kepada peningkatan harga barangan import termasuk ubat-ubatan.

Katanya rakyat yang ingin menerima rawatan di hospital atau klinik kerajaan juga terpaksa membayar harga lebih tinggi untuk perkhidmatan.

“Isu ini juga berkait dengan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terpaksa menambah kos untuk membeli bahan mentah atau mesin dan alat ganti daripada luar negara.

“Rakyat terjejas, namun sehingga hari ini kita tidak nampak mana-mana menteri mengeluarkan rancangan mengatasi masalah ini,” katanya.

Ringgit Malaysia terus jatuh ke tahap paling lemah sejak 2005, di tengah-tengah siasatan berhadap dakwaan salah guna dana Perdana Menteri.

Ringgit kini berada pada paras RM4.47 berbanding dolar Amerika.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.