Categories
NASIONAL

Undi tak percaya Najib sukar namun Speaker boleh berperanan

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 14 OKT: Pemimpin pembangkang senada dengan pandangan Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah bahawa usul undi tidak percaya tidak akan berjaya dilakukan dalam sidang Parlimen akan datang.

Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen yang menyokong kenyataan itu berkata, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mempunyai kuasa untuk menolak atau menerima sebarang usul memandangkan beliau bertanggungjawab mengatur perjalanan dewan.

parliment“Sekiranya usul tersebut ditolak, Speaker perlu memberikan penjelasan penolakan berkenaan.

“Kita (Ahli Parlimen) boleh meminta penjelasan dan mengkritik keputusan berkenaan melalui usul lain,” katanya ketika mengulas kenyataan Ahli Parlimen Gua Musang itu.

Katanya, PKR dan pemimpin pembangkang lain bersedia untuk menyokong sebarang usaha mengadakan undi tidak percaya jika dibawa ke Parlimen.

Katanya, semua pihak menantikan ‘cara lain’ yang bakal dikemukakan bagi memastikan Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan selaku Perdana Menteri.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.