Categories
SELANGOR

Pasukan khas pastikan 2 LRA siap pertengahan 2016

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 3 NOV: Kerajaan Negeri disaran menubuhkan pasukan khas bagi memastikan projek pembinaan dua loji rawatan air (LRA) siap sekurang-kurangnya pertengahan tahun hadapan.

Yeo Bee Yin (DAP Damansara Utama), berkata ia penting bagi menjamin kelangsungan bekalan air kepada penduduk dan pelabur Selangor.

“Kita perlu pastikan pertengahan 2017, projek LRA Jenderam Hilir dan Kuala Langat siap kerana seperti sedia maklum Langat 2 tidak akan atasi masalah.

yeo bee  yin“Kita juga mahu tahu bila tender terbuka akan dilakukan, pihak mana yang bertanggungjawab dengan pengendalian dan paling penting bila projek akan siap,” katanya ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan di Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Pada masa sama, Bee Yin berharap agensi berkaitan dapat menggesa Kerajaan Persekutuan menambah baik infrastruktur terutama di Pelabuhan Klang.

“Pelabuhan Klang diiktiraf sebagai pelabuhan kelima terbesar di dunia tetapi sayangnya kemudahan disediakan sekadar tahap dunia ketiga.

“Kita faham kebanyakannya di bawah persekutuan, maka agensi Kerajaan Negeri perlu lebih proaktif mendesak penambahbaikan,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.