Categories
SELANGOR

Sewa percuma di Medan Selera Bestari Jaya

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 13 NOV: Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) menawarkan pengecualian sewa untuk tempoh tertentu bagi mereka yang berminat menguruskan Medan Selera Bestari Jaya.

Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah (DAP-Seri Kembangan), berkata MDKS juga dalam perancangan dan tindakan mengumpul gerai haram untuk ditempatkan di kawasan itu.

Ean Yong Hian Wah“Suasana suram di rehat dan rawat (R&R) Ijok dikenalpasti berpunca daripada kurangnya pencahayaan dengan dua unit sahaja beroperasi pada waktu malam sementara majoriti yang lain beroperasi waktu siang.

“Jadi, MDKS akan mengkaji semula faktor infrastruktur seperti taman permainan, pencahayaan dan papan tanda arah R&R berlampu pada waktu malam,” katanya di Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Dr Idris Ahmad (KEADILAN-Ijok) berhubung langkah pihak berkuasa tempatan (PBT) menghidupkan semula tempat perniagaan yang diibaratkan ‘hidup segan mati tak mahu’.

Ean Yong berkata, MDKS juga akan memperbanyakkan promosi sewaan premis kosong di laman sesawangnya selain menggantung kain rentang sekitar premis berkenaan.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.