Categories
NASIONAL

Angkat individu baru ganti PM pulihkan sistem pentadbiran

OLEH : HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 27 MAC: Individu baru dan sesuai perlu diangkat sebagai Perdana Menteri bagi memulihkan sistem pentabiran negara menggantikan Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, berkata Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor menjadi sasarannya kerana penyalahgunaan kuasa dan tabiat berbelanja mewah membabitkan wang rakyat.

Rafizi“Saya tak kan kacau kamu kalau kamu tak makan duit rakyat.

“Saya tak kacau Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tetapi kacau Najib dan Rosmah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Kongres Rakyat 2016 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini, hari ini.

Beliau berkata, negara kini mempunyai barisan pemimpin ‘pak lawak’ yang sering menggunakan ungkapan ‘tak tahu’ bila terbongkar sesuatu kes.

Katanya antaranya adalah penyelewengan lebih RM100 juta membabitkan pegawai di Kementerian Belia dan Sukan.

“Saya kira kita boleh mengubah pepatah Melayu menjadi ‘Perdana Menteri borek, menteri rintik’.

“Dulu saya ingat Tun Abdullah Ahmad Badawi sahaja yang tidur tetapi sekarang berjangkit pada menantunya (Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin),” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.