Categories
NASIONAL

BERSIH 2.0 kutuk siasatan terhadap wartawan Malaysia Kini

Oleh: AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 28 APR: BERSIH 2.0 mengutuk sekeras-kerasnya siasatan polis terhadap wartawan Malaysia Kini, Kow Gah Chie, di bawah Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan hanya kerana menulis laporan berita, pada 24 April lalu.

Pengerusinya, Maria Chin Abdullah, berkata Gah Chie hanya menjalankan tugas selaku wartawan dalam perkara itu.

HARAM BAJU BERSIH“Ini adalah amat bertentangan dengan tuntutan BERSIH yang mahu akses media bebas serta adil.

“Pada masa sama, BERSIH juga menuntut setiap parti politik yang meletakkan calon bertanding diberikan akses media perdana untuk membentangkan manifesto masing-masing,” katanya dalam satu sidang media.

Bersabit dengan isu itu, Malaysia Kini sudah memanggil pulang wartawannya atas sebab keselamatan berikutan peredaran gambar Gah Chie di media sosial.

Gah Chie disiasat berkenaan tulisan satu artikel yang didakwa mengelirukan dengan memetik kenyataan Adun Barisan Nasional, Nangka Annuar Rapaee.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.