Categories
AGENDA GLOBAL

Wartawan Filipina, Rusia menang hadiah Nobel Keamanan

SHAH ALAM, 8 OKT: Dua wartawan dari Filipina dan Rusia menerima anugerah Nobel Keamanan kerana memperjuangkan keberanian dengan mempertahankan kebebasan bersuara di negara masing-masing.

Maria Ressa dan Dmitry Muratov yang digelar “wakil semua wartawan yang memperjuangkan ideal tersebut” memenangi hadiah bernilai 10 juta krona Sweden (RM4,768,784), lapor BBC News.

Maria yang merupakan pengasas bersama portal berita Rappler dipuji apabila mendedahkan penyalahgunaan kuasa, penggunaan kekerasan dan peningkatan autoritarianisme di negara asalnya.

Manakala Dmitry yang juga pengasas bersama dan editor akhbar bebas Novaja Gazeta mempertahankan kebebasan bersuara di Rusia dalam keadaan yang mencabar selama beberapa dekad.

“Kewartawanan bebas dan berdasarkan fakta berfungsi untuk melindungi daripada penyalahgunaan kuasa, penipuan dan propaganda perang,” kata jawatankuasa pertandingan yang memilih kedua pemenang itu daripada 329 calon.

Categories
GLOBAL

Serangan makin teruk terhadap wartawan

SHAH ALAM, 2 NOV: Dua pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, pada 1 November lalu, memberi amaran bahawa dunia ketika ini menyaksikan “serangan yang semakin teruk” terhadap wartawan dan setakat ini lebih 30 maut selepas dijadikan sasaran, lapor agensi berita China Xinhua.

Sehubungan itu, Agnes Callamard dan David Kaye menggesa semua negara mengambil tindakan segera bagi mengatasi perkara itu.

“Selain meragut nyawa individu terbabit dan memisahkan mereka daripada orang tersayang, semua serangan ini bertujuan menghancurkan peranan wartawan sebagai jagawan umum (public watchdog) yang penting dalam masyarakat demokratik,” kata mereka lapor BERNAMA.

“Apabila pihak berkuasa gagal mengambil tindakan lanjut dan meyiasat serangan itu secara bebas untuk mengheret pelaku ke muka pengadilan, maka ini bermakna pembunuh dan sekutunya mencapai objektif mereka,” kata mereka menjelang ‘Nov 2 International Day to End Impunity for Crimes Against Journalists.’

Satu resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2013 tmengiysytiharkan 2 November sebagai International Day to End Impunity for Crimes Against Journalists susulan pembunuhan dua wartawan Perancis di Mali, pada 2 November 2013 .

 

Categories
GLOBAL NASIONAL

Wartawan maut selepas kerja lebih masa 159 jam

TOKYO, 6 OKT: Penyiar awam Jepun berjanji untuk memperbaharui amalan kerja mereka selepas seorang wartawan muda maut ekoran kegagalan jantung selepas melakukan kerja lebih masa selama 159 jam, dalam tempoh sebulan, lapor AFP.

Wartawan NHK, Miwa Sado, 31, yang membuat liputan berita politik di Tokyo, didapati maut di atas katilnya pada Julai 2013, dalam keadaan memeluk telefon bimbitnya.

Setahun kemudian, pihak berkuasa Jepun berkata, kematiannya dikaitkan dengan tempoh kerja berlebihan.

NHK akhirnya mendedahkan kes itu empat tahun kemudian, selepas mendapat tekanan daripada ibu bapa Sado untuk mengelakkan kejadian sama berulang.

Kes itu sekali lagi menyoroti masalah di Jepun yang terkenal dengan kerja keras atau melebihi masa yang menyebabkan banyak kematian berlaku dalam kalangan rakyatnya.

Kejadian terbabit menjadi satu tamparan buat NHK untuk melawan budaya kerja lama yang diamalkan di negara itu dan berjanji memperbaiki waktu kerja di bahagian penyiaran.

Agensi berita terbabit sebelum ini aktif melaporkan kematian tragis di syarikat lain, termasuk pembunuhan seorang wanita muda, di agensi pengiklanan utama Dentsu, pada 2015 selepas bekerja lebih 100 jam selama sebulan.

“Kami mohon maaf atas kehilangan seorang wartawan yang sangat baik dan mengambil serius kematiannya ekoran kerja berlebihan,” kata Presiden, Ryoichi Ueda.

Categories
NASIONAL

BERSIH 2.0 kutuk siasatan terhadap wartawan Malaysia Kini

Oleh: AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 28 APR: BERSIH 2.0 mengutuk sekeras-kerasnya siasatan polis terhadap wartawan Malaysia Kini, Kow Gah Chie, di bawah Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan hanya kerana menulis laporan berita, pada 24 April lalu.

Pengerusinya, Maria Chin Abdullah, berkata Gah Chie hanya menjalankan tugas selaku wartawan dalam perkara itu.

HARAM BAJU BERSIH“Ini adalah amat bertentangan dengan tuntutan BERSIH yang mahu akses media bebas serta adil.

“Pada masa sama, BERSIH juga menuntut setiap parti politik yang meletakkan calon bertanding diberikan akses media perdana untuk membentangkan manifesto masing-masing,” katanya dalam satu sidang media.

Bersabit dengan isu itu, Malaysia Kini sudah memanggil pulang wartawannya atas sebab keselamatan berikutan peredaran gambar Gah Chie di media sosial.

Gah Chie disiasat berkenaan tulisan satu artikel yang didakwa mengelirukan dengan memetik kenyataan Adun Barisan Nasional, Nangka Annuar Rapaee.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Kuota terhad, wartawan gagal dapat pas masuk Piala Malaysia

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 12 DIS: Selangor Kini kesal dengan kuota terhad yang diperuntukkan pengelola perlawanan akhir Piala Malaysia antara Selangor dan Kedah hingga mengakibatkan wartawan gagal mendapatkan pas masuk membuat liputan.

Selangor Kini menghubungi wakil pengelola untuk mendapatkan penjelasan memandangkan semalam difahamkan petugas media yang masih belum mendapatkannya boleh berbuat demikian pagi ini.

sel vs kedWakil pengelola ketika dihubungi memaklumkan, permohonan Selangor Kini ditolak kerana kuota petugas media penuh.

Sebelum itu, Selangor Kini menghantar tiga nama petugas media namun hanya jurufoto dan jurukamera mendapat pas liputan.

Katanya, hanya dua slot sahaja diperuntukkan atas alasan ‘media portal’ walaupun Selangor Kini adalah akhbar rasmi Kerajaan Negeri sementara empat slot diperuntukkan untuk media arus perdana.

Selangor Kini cuba menghubungi wakil Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), namun mereka menjelaskan urusan pas liputan hanya dikendalikan Football Malaysia Limited Liability Partner (FMLLP) badan swasta yang menguruskan Liga Malaysia mulai 2016.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Wartawan tunggu seawal 5.30 pagi, hanya 18 agensi dibenar buat liputan

SHAH ALAM 28 OKT: Pengamal media yang hadir ke Istana Kehakiman di Putrajaya hari ini melahirkan rasa kesal selepas hanya 18 agensi media dibenarkan membuat liputan perbicaraan kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wartawan yang mula berhimpun di Istana Kehakiman hari ini kesal apabila hadir seawal jam 5.30 pagi, namun media terpilih sahaja dibenarkan masuk.

8955_897269413619652_7421063104455368850_nSetiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata orang ramai disekat daripada mendapat laporan adil perbicaraan mahkamah ekoran hanya beberapa media bebas dibenarkan masuk.

“Apa motif hantar RTM untuk dengar perbicaraan? Mereka hanya benarkan satu agensi media antarabangsa.

“Saya tak curiga kerajaan mahu mengurangkan laporan yang mencemarkan institusi kehakiman. Ada dua atau tiga media online dibenarkan masuk, kita hanya bergantung kepada laporan mereka,” katanya kepada pemberita di perkarangan Istana Kehakiman dipetik The Malaysian Insider.

Difahamkan hanya AFP selaku media antarabangsa dibenarkan membuat liputan perbicaraan pada hari ini.

Categories
NASIONAL

RSF: Kerajaan patut gugur dakwaan Akta Hasutan terhadap Wartawan

SHAH ALAM 10 SEPT: Pemantau Media Antarabangsa Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) menggesa Kerajaan Malaysia menghentikan tindakan terhadap wartawan Malaysiakini Susan Loone yang ditahan bawah Akta Hasutan 1948.

Ketua RSF Meja Asia Pasifik Benjamin Ismaïl berkata, Loone tidak sepatutnya dihukum kerana melaporkan apa yang dikatakan padanya dalam wawancara.

RSFKatanya, wartawan yang mewawancara seseorang untuk tujuan laporan tidak boleh dipertanggungjawabkan atas apa yang pihak diwawancara itu katakan.

“Wartawan Malaysia akan terus terdedah kepada tindak balas politik selagi Akta Hasutan yang menindas dan usang ini tidak dimansuhkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Pemantau berpangkalan di Paris itu juga berkata, tindakan terhadap Loone “tidak berasas sama sekali dan mencabul kebebasannya untuk menyampaikan sesuatu kepada orang lain”.

Loone sebelum ini ditahan dan disoal siasat kira-kira sembilan jam kerana laporan beritanya yang memetik ulasan exco Pulau Pinang Phee Boon Poh.

Phee, yang juga pengerusi Pasukan Peronda Sukarela (PPS), sebelum itu turut ditahan bawah akta sama susulan kontrovesi seputar unit itu.

EZY

Categories
NASIONAL

Kesatuan Wartawan Indonesia harap Kerajaan Malaysia hormati wartawan

SHAH ALAM 9 SEPT: Kesatuan Wartawan Indonesia berharap Kerajaan Malaysia memberikan penghormatan kepada wartawan sama seperti pengamal dalam bidang lain.

Presiden Aliansi Jurnalis Independen (AJI) Eko Maryadi berkata, wartawan Malaysia patut dibenarkan menjalankan tugas tanpa rasa takut atau diganggu.

AJI“AJI menggesa polis dan ahli politik Malaysia berhenti mengganggu wartawan dan hormat pada kerjaya mereka seperti pengamal dalam bidang lain seperti ahli akademik, guru, doktor…,” katanya dipetik Malaysiakini.

Eko berkata, AJI “sangat bimbang” berhubung penahanan penolong editor Malaysiakini Susan Loone di Pulau Pinang bawah Akta Hasutan 1948 pada Khamis lalu.

“Kami teguh bersetiakawan dengan kesemua wartawan Malaysia, terutamanya editor Malaysiakini yang ditahan,” katanya.

Loone ditahan pada 4 September berhubung tulisannya yang memetik exco Pulau Pinang Phee Boon Poh berkaitan penahanannya dalam isu Pasukan Peronda Sukarela (PPS) negeri.

Categories
KENYATAAN MEDIA

GERAMM gesa ambil tindakan kumpulan kasari petugas media

Oleh: Media Gerakan Media Marah (GERAMM)

Himpunan 1 Mei anti GST semalam menyaksikan satu lagi himpunan raksaksa oleh rakyat dan NGO Malaysia dan sepatutnya berakhir tanpa sebarang insiden.

Namun tindakan segelintir dari peserta protes tersebut yang mengasari beberapa wartawan dan jurugambar amat dikesali.

Jurufoto HCK Media (mewakili akhbar mingguan perniagaan Focus Malaysia, akhbar mingguan The Heat dan portaltheantdaily.com) Sharil Amin Abdul Rahim disepak dan ditumbuk manakala jurufoto The Malaysia Reserve, Hafzi Mohamad terkena balingan kayu dalam kejadian tersebut.

Sementara Jurukamera agensi Negara China Xinhua News, Mohd Zul Iskandar Hanafiah turut disepak beberapa kali oleh sekumpulan anak muda berpakaian hitam dan bertopeng.

Kami mahu pihak penganjur menyiasat perkara ini dan kumpulan tersebut tampil memberi penjelasan mengapa hal ini boleh berlaku.

GERAMM dengan ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keganasan terhadap wartawan ini.

GERAMM turut menyokong tindakan undang-undang yang mahu dibuat oleh wartawan yang menjadi mangsa termasuk laporan polis yang mahu dilakukan oleh Persatuan Jurugambar Berita Malaysia (MPPA) dan individu terlibat.

Bukti video dan gambar yang didapati turut dengan jelas menunjukkan provokasi dan keganasan yang dihadapi para wartawan yang berada di tempat kejadian.

GERAMM berpendapat walaupun sebilangan media dianggap sebagai alat propaganda pihak tertentu, tindakan keganasan terhadap wartawan tidak boleh diterima sama sekali.

Ketika kebebasan media menjadi satu cabaran yang masih diperjuangkan di pelbagai peringkat – termasuk wartawan di GERAMM – campurtangan politik di bilik media masih menjadi satu isu besar di sebilangan media. 

Kami meminta semua pihak beranggapan media Malaysia tidak bebas agar tidak menggunakan keganasan (kepada Media) kerana ia bertentangan dengan standard antarabangsa dan tidak membantu perjuangan mereka.

Sebaliknya kami menyeru agar lebih dialog antara kumpulan media dan masyarakat sivil serta NGO untuk membawa kepada kefahamanyang lebih baik mengenai kedudukan dan cabaran yang dihadapi media demi membawa perubahan demokratik di Malaysia.