Categories
SELANGOR

Hilang dua mata berharga – Zainal Abidin

SHAH ALAM, 6 APR : Jurulatih Selangor, Zainal Abidin Hassan mengakui satu kerugian besar apabila skuad bimbingannya itu sekadar seri 2-2 dengan kepada Kedah pada perlawanan keenam Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam tadi.

Katanya, kurang mencipta peluang dan ruang kepada lawan mencipta jaringan menerusi sepakan pelati pada babak kedua adalah satu kesilapan buat The Red Giants.

coach zainal -web3“Kehilangan dua mata cukup berharga selepas kita berjaya bangkit daripada ketinggalan pada separuh masa pertama dengan mempamerkan permainan baik. Cuma momentum itu sedikit hilang pada separuh masa kedua.

“Kita berjaya bertahan dan tidak membenarkan Kedah mendapat peluang mudah pada babak kedua. Satu kesilapan memberi sepakan penalti dan kurang mencipta peluang pada babak kedua,” kata Zainal selepas perlawanan.

Selangor ketinggalan menerusi jarangan awal Syazwan Zainon pada minit ke 7 sebelum bangkit membalas dua gol menerusi R Gopinathan pada minit ke-30 dan Patrick Ronaldinho Wleh pada minit ke-31.

SELANGOR KEDAHBagaimanapun, kesilapan pertahanan kiri, Raimi Md Nor menjatuhkan Calos Eduardo memberi kelebihan kepada pasukan Hijau Kuning menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-65

Selangor kekal di tangga ketiga liga dengan 11 mata di belakang juara bertahan Johor Darul Ta’zim (16 mata) dan Felda United (15 mata).

Selangor dijadualkan bertemu Felda United di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka Jumaat ini.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.