Categories
AGENDA SUKANKINI

Pasukan bermain baik walaupun gagal juarai SAC 2020 – Sathianathan

SHAH ALAM, 20 JAN: Ketua jurulatih pasukan bola sepak Selangor, B. Sathianathan berpuas hati dengan prestasi barisan pemain muda skuad itu yang menunjukkan persembahan baik pada Kejohanan Cabaran Asia (SAC) 2020 walaupun gagal dinobatkan sebagai juara.

Sathianathan turut memuji prestasi dan corak permainan juara kejohanan itu, True Bangkok United FC yang disifatkannya mempunyai banyak pemain berkualiti.

“(Bagaimanapun) Saya berbangga dengan persembahan yang ditunjukkan pemain Selangor. Bukan suatu yang mudah untuk bermain dalam hujan tetapi mereka berjaya mengheret perlawanan sehingga ke penentuan sepakan penalti.

“Apa yang saya boleh katakan, walaupun pemain muda kurang berpengalaman tetapi mereka bermain dengan begitu baik sehingga ke sepakan penalti. Ini membuktikan kerja keras mereka (dalam saingan SAC),” katanya selepas tamat perlawanan berkenaan di sini malam tadi.

Pasukan True Bangkok United FC dinobatkan juara edisi pertama SAC apabila menewaskan Selangor 4-2 menerusi sepakan penalti pada perlawanan akhir kejohanan itu di Stadium Shah Alam.

Kejohanan selama dua hari bermula Sabtu itu melibatkan saingan antara empat pasukan iaitu Selangor, True Bangkok United FC dari Thailand, Hanoi FC (Vietnam) dan Persib Bandung (Indonesia).

Sementara itu, ketua jurulatih True Bangkok United FC, Alexander Poelking berkata perlawanan bertemu pasukan negara luar adalah penting untuk meneliti mutu persembahan anak buahnya.

“Bukan mudah untuk bermain dua hari berturut-turut dengan keadaan hujan dan padang licin tetapi kami berjaya menguruskannya dengan baik. Kedua-dua pasukan menunjukkan persembahan yang berkualiti,” katanya.

– BERNAMA

Categories
SELANGOR

Hilang dua mata berharga – Zainal Abidin

SHAH ALAM, 6 APR : Jurulatih Selangor, Zainal Abidin Hassan mengakui satu kerugian besar apabila skuad bimbingannya itu sekadar seri 2-2 dengan kepada Kedah pada perlawanan keenam Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam tadi.

Katanya, kurang mencipta peluang dan ruang kepada lawan mencipta jaringan menerusi sepakan pelati pada babak kedua adalah satu kesilapan buat The Red Giants.

coach zainal -web3“Kehilangan dua mata cukup berharga selepas kita berjaya bangkit daripada ketinggalan pada separuh masa pertama dengan mempamerkan permainan baik. Cuma momentum itu sedikit hilang pada separuh masa kedua.

“Kita berjaya bertahan dan tidak membenarkan Kedah mendapat peluang mudah pada babak kedua. Satu kesilapan memberi sepakan penalti dan kurang mencipta peluang pada babak kedua,” kata Zainal selepas perlawanan.

Selangor ketinggalan menerusi jarangan awal Syazwan Zainon pada minit ke 7 sebelum bangkit membalas dua gol menerusi R Gopinathan pada minit ke-30 dan Patrick Ronaldinho Wleh pada minit ke-31.

SELANGOR KEDAHBagaimanapun, kesilapan pertahanan kiri, Raimi Md Nor menjatuhkan Calos Eduardo memberi kelebihan kepada pasukan Hijau Kuning menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-65

Selangor kekal di tangga ketiga liga dengan 11 mata di belakang juara bertahan Johor Darul Ta’zim (16 mata) dan Felda United (15 mata).

Selangor dijadualkan bertemu Felda United di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka Jumaat ini.

-nR-

Zainal : Gilir pemain, perubahan drastik sebab keletihan

Piala AFC : Tindakan Jurulatih Selangor, Zainal Abidin Hassan membuat perubahan drastik dengan pertukaran pemain pada pertemuan dengan Tampines Rovers bukan sengaja. Pemain keletihan setelah mengharungi 7 perlawanan (Liga Super,Piala FA, Piala AFC) dalam tempoh 19 hari.

Liga Super: Zainal Abidin tiada masalah kembali ke Pahang


Jurulatih Selangor, Zainal Abidin Hassan bersikap profesional untuk perlawanan bertemu Pahang, Sabtu ini.

Categories
SELANGOR

Zainal: Usaha mantap ketajaman depan gol

SHAH ALAM, 30 JAN : Beberapa perkara baharu perlu dipelajari pemain Selangor selepas tewas 1-0 kepada Pulau Pinang pada perlawanan pramusim ketiga 2016 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, malam tadi.

Perkara itu diakui Jurulatih Selangor, Zainal Abidin Hassan selain berkata, walapun beberapa peluang terbaik pada separuh masa pertama menerusi Abdul Hadi Yahaya, Andik Vermansah dan Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham, namun Selangor kelihatan sedikit tumpul pada babak kedua.

ZAINAL ABIDIN“Kita gagal menjaringkan gol seperti yang berjaya dilakukan pada dua perlawanan sebelum ini bertemu Sarawak (2-0) dan Kuala Lumpur (2-1).

“Bagaimanapun, saya lihat pemain sudah mencuba tetapi memang nampak lebih banyak lagi perlu diperbaiki di bahagian depan terutama dalam aspek ketajaman di depan pintu gol lawan,” katanya dipetik laman rasmi Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS)

Gol kemenangan Pulau Pinang dijaringkan bekas penyerang Harimau Muda C, Jafri Firdaus Chew yang menanduk masuk bola sepakan sudut pada minit ke-83 untuk menewaskan penjaga gol gantian Selangor, Zarif Irfan Hashimuddin.

Red Giants“Pemain kami tidak menunjukkan permainan sebenar pada perlawanan ini. Ia juga kali pertama kami menyusun sesuatu untuk perlawanan di tempat lawan sambil belajar beberapa perkara baharu.

“Ini yang perlu dimantapkan lagi terutama untuk menghadapi perlawanan di tempat lawan apabila saingan Liga Super bermula nanti,” jelasnya.

Skuad Selangor akan terus terbang ke Bangkok, Thailand dari Pulau Pinang, hari ini untuk menghadapi dua perlawanan pramusim di sana bertemu Nakhon Pathom United FC pada Ahad dan Samut Songkhram BTU FC pada Isnin.

“Memandangkan dua perlawanan ini berlangsung selang sehari, saya akan menyediakan dua set pemain dengan mereka yang beraksi 65 minit perlawanan pertama akan beraksi 25 minit pada perlawanan kedua. Begitu juga sebaliknya.

“Mereka harus bermain dan merasai tahap permainan antarabangsa kerana kami akan beraksi pada Piala AFC musim ini dan saya harap sekembalinya dari Bangkok, pemain sudah mencapai tahap kecergasan terbaik memulakan saingan sebenar musim 2016 ini,” ujarnya.

-nR-