Categories
SELANGOR

TPPA : ADN BN ponteng DNS, gagal fahami pendirian Selangor

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 4 APR : Kerajaan Negeri mengulangi kenyataan tidak menyokong Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), kata Exco Pelaburan, Perindustrian Kecil dan Sederhana, Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim.

Beliau berkata Ahli Dewan Negeri (ADN) Barisan Nasional membuat tafsiran mudah beranggapan bahawa Kerajaan Negeri menyokong perjanjian kontroversi tersebut yang dimeterai 4 Februari lalu.

TPPA“Saya menjawab dengan teliti dalam soalan ADN Sabak sebelum ini, tetapi disebabkan Sungai Pajang ponteng, jadi dia tidak tahu (pendirian) Kerajaan Negeri.

“Mungkin dia boleh baca balik daripada handsard,” katanya ketika membahas usul perjanjian TPPA di Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Beliau turut membidas kenyataan ADN Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi berhubung pendiriannya bahawa tiada sebarang kaedah dan penyelesaian boleh dilakukan Kerajaan Negeri kerana perjanjian itu dipersetujui Kerajaan Persekutuan.

“Saya tidak bersetuju dengan pendirian itu. Sikap nasi sudah menjadi bubur ini adalah sikap tidak bertangunggjawab dalam soal ini.

“Keutamaannya Kerajaan Negeri tetap dengan pendirian tidak menyokong perjanjian ini,” katanya.

Isu TPPA mendapat perhatian serius Ahli Dewan Negeri kerana perjanjian itu dilihat memberi hak lebih kepada pelabur asing dan memudaratkan kepentingan rakyat.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.