Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Azmin: Tiada sengketa, hanya ‘keterbukaan’ pendapat dalam PAKATAN

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 29 JULAI : Tiada sebarang persengketaan antara Majlis Pimpinan Tertinggi KEADILAN, Latheefa Koya dan Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua.

Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata proses kritikan tersebut dianggap sebagai ‘keterbukaan’ dalam gabungan pembangkang mengutarakan pendapat di media sosial.

“Ia sekadar perbincangan, kerana kita tidak akan melihatnya di dalam Barisan Nasional. Namun di dalam Pakatan, kami bersetuju untuk tidak bersetuju.

“Mungkin Utusan Malaysia dan TV3 yang mengeruhkan perkara ini, sedangkan (realitinya) kita tidak (bersengketa),” katanya.

Sebelum ini Tony Pua membuat kenyataan di Facebook berhubung cadangan DAP untuk mengadakan pilihanraya semula di Pulau Pinang susulan dakwaan rasuah terhadap Ketua Menterinya, Lim Guan Eng.

Bagaimanapun, Latheefa yang juga Peguam KEADILAN tidak bersetuju dengan saranan tersebut demi kepentingan ke semua gabungan parti pembangkang.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.