Categories
NASIONAL

BERSIH 5.0 perlu untuk Selamatkan Malaysia

SHAH ALAM 23 JULAI : Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyahut cadangan gabungan NGO BERSIH untuk menganjurkan perhimpunan aman, BERSIH 5.0 bagi menuntut perletakan jawatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak.

Timbalan Ketua AMK, Dr Afif Bahardin, berkata ia ekoran selepas pendedahan dan tuntutan saman serta pembekuan aset oleh Jabatan Keadilan Amerikat Syarikat ke atas syarikat berkaitan kerajaan, 1MDB.

Katanya, skandal 1MDB itu meletakkan kedaulatan negara dan kedudukan sistem ekonomi negara dalam keadaan terancam.

NAJIB 1MDB“Tindakan Perdana Menteri, yang bertanggungjawab ke atas 1MDB, untuk terus berdiam diri dan tidak meletakkan jawatan segera, adalah pengkhianatan kepada seluruh rakyat.

“Imej dan integriti negara musnah dan kini dilihat sebagai sebuah negara bergelumang rasuah dan tiada kedaulatan undang-undang,” kata Dr Afif dalam kenyataan media.

Beliau berkata Perdana Menteri semenjak setahun lalu berjaya memusatkan kuasa kepada diri beliau dan menghancurkan keutuhan sistem kehakiman dan undang-undang negara.

“Penganjuran perhimpunan Bersih 5.0 adalah keperluan demi menyelamatkan negara ini dari terjerumus ke lembah kehancuran.

“BERSIH 5.0 medan terbaik buat masa ini untuk rakyat, berhimpun secara aman seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, menuntut kembali hak kita sebagai rakyat,” katanya.

Beliau berkata AMK juga bersedia membantu mobilisasi seramai mungkin anak muda dan rakyat tanpa mengambil kira latar etnik, agama mahupun pandangan politik berhimpun menuntut perletakan jawatan Najib dan menuntut perlaksanaan reformasi sistem menyeluruh.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.