Categories
NASIONAL

PAKATAN mula gubal belanjawan, kempen bawa Najib ke pengadilan diteruskan

OLEH NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 12 JUL: Rakyat terus dibebankan dengan pelbagai pemotongan peruntukan dan perbelanjaan ekoran kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan yang lemah akibat skandal besar pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata antara skandal yang memberi kesan paling teruk terhadap kewangan Kerajaan Persekutuan adalah 1MDB.

PKR02“Majlis Presiden Pakatan Harapan (PAKATAN) telah mengarahkan supaya pasukan ekonomi PAKATAN mula menggubal Belanjawan Pakatan Harapan.

“Sementara usaha sedia ada membawa kebertanggungjawaban kepada skandal besar 1MDB diperhebatkan,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Presiden PAKATAN di Ibu Pejabat KEADILAN, Tropicana di sini, hari ini.

Katanya, PAKATAN juga tidak akan mensia-siakan harapan dan kepercayaan rakyat sekali gus mengembalikan negara ini di landasan betul.

“Majlis Presiden Pakatan Harapan mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia di atas pandangan, teguran dan harapan ke atas kami.

“Harapan itu tidak akan disia-siakan,” katanya lagi.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.