Categories
SELANGOR

Program Mesra MBSA, kurang kompaun saman pakir

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 13 JUL : Program MESRA 2016 anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) membuka peluang kepada orang awam mendapatkan pengurangan kompaun saman letak kenderaan.

Pengurangan kompaun membabitkan kesalahan dan saman dikeluarkan MBSA dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor.

unnamedBertempat di Dewan Bunga Kertas MBSA Taman TTDI Jaya, Seksyen U2, 17 Julai ini, program tersebut turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepadap pengunjung.

Antaranya, pameran dan perkhidmatan daripada 34 agensi persekutuan dan negeri selain pameran petugas serta jentera keselamatan dan kecemasan, seperti Bomba, RELA dan Jabatan Pertahanan Awam.

Program usahasama Biro Pengaduan Awam Jabatan Perdana Menteri dan MBSA itu dijalankan bagi memperlebaran jaringan masyarakat sekitar perbandaran Shah Alam dengan pihak masjlis.

Dibuka seawal jam 9.00 hingga 2.00 petang orang awam dijemput hadir bagi mendapatkan perkhidmatan dan tawaran pengurangan saman dari MBSA dan JPJ Selangor

Sebarang pertanyaan, boleh terus menghubungi bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA di talian 03-55322743 atau 03-55222735.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.