Categories
NASIONAL

TMJ: Pendidikan kunci kemajuan bola sepak negara

SHAH ALAM 31 JULAI : Pendidikan adalah kunci kemajuan bola sepak negara kerana ia menjadikan seseorang itu menjadi manusia lebih baik dan memupuk semangat profesionalisme.

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berharap industri bola sepak Malaysia membangun pada masa hadapan kerana negara mempunyai pemain sangat berbakat.

“Namun yang paling penting ialah pendidikan. Contohnya, kita tidak mempunyai ramai orang yang boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dalam negara ini.

“Itu apa yang kita kurang ketika ini,” kata beliau dalam rancangan bual bicara Obviously Harith Iskander di Astro AWANI.

Jelas beliau, setiap pemain bukan sahaja perlu bermain bola sepak namun mereka juga perlu menjadi yang terbaik dalam bidang akademik.

“Jika mereka menjadi pemain bola sepak atau tidak, itu tidak penting. Apa yang penting kami memberikan mereka pendidikan yang diperlukan untuk menjadi manusia lebih baik pada masa hadapan, yang mana sekurang-kurangnya dapat berbakti semula kepada negara,” kata Tunku Ismail.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.