Categories
NASIONAL

Amanah tetap hormati PAS, harap dapat baiki hubungan

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 23 OGOS: Parti Amanah Negara (Amanah) tetap menghormati PAS ekoran parti itu sudah melalui pelbagai pengalaman sepanjang lebih 60 tahun berada dalam arena politik negara.

Setiusaha Agung Amanah, Anuar Tahir, berkata beliau berharap hubungan Amanah dan PAS dapat diperbaiki bagi menentang segala kemungkaran berlaku.

“Saya percaya (hubungan dengan PAS) semakin baik sebab kita sebagai manusia kita perlu positif. Kalau mula semuanya dengan negatif sekalipun tidak adalah sampai kiamat pun tidak boleh berbaik dah.

“Saya percaya mudah-mudahan hubungan ini boleh diperbaiki semasa ke semasa. Kita hormat mereka sebagai sebuah parti yang dah lama, lebih 60 tahun,” kata Anuar pada sidang media yang diadakan di Wisma Amanah Negara di Taman Wahyu di sini, hari ini.

Jelasnya, berbanding Amanah yang baru berusia setahun ketika ini mempunyai kira-kira 60,000 ahli dan cuba mensasarkan 100,000 keahlian sebelum 2016 berakhir.

Katanya lagi, semua pihak perlu mengambil contoh di beberapa negeri yang mampu menguruskan pendirian politik masing-masing tanpa perbalahan walaupun berlainan pandangan.

“Kami walaupun setahun, namun tetap merupakan parti politik yang tersendiri, unik dan kita boleh bekerjasama dengan semua parti yang ada selagi ianya untuk kebaikan dan menentang kemungkaran,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.