Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Bendahari dan Setiausaha Agung FAS letak jawatan

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 8 OGOS: Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali memaklumkan pihaknya sudah menerima tawaran perletakan jawatan serta-merta Setiausaha Agung, Rosman Mohd Ibrahim dan Bendahari Datuk S Sivasundram dari badan bola sepak itu hari ini.

Katanya, perkara itu sudah dibincangkan bersama Pengurus The Red Giants, Amirudin Shari dan mereka menghormati keputusan itu.

“FAS mengucapkan terima kasih kepada Saudara Rosman dan Datuk Sivasundram di atas khidmat serta sumbangan mereka terhadap perkembangan bolasepak Selangor,” katanya.

mb-invest 1Beliau berkata, FAS sedang merencana langkah proaktif mengekalkan kegemilangan bolasepak Selangor termasuklah penswastaan serta program pembangunan komprehensif yang akan dibincangkan dalam Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAS minggu hadapan.

“Saya memberi jaminan bahawa FAS akan terus melalui proses reformasi sukan bersesuaian aspirasi penyokong yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan kepada pasukan bolasepak Selangor,” katanya.

Rosman dan Sivasundram hari ini mengumumkan pengunduran daripada FAS selepas berkecimpung lebih 20 tahun dalam bolasepak tempatan bagi memastikan kelancaran proses transformasi yang dihasratkan Mohamed Azmin.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.