Categories
SELANGOR

Festival ‘The Colour of PJ’ kembali, kali ini lebih ceria

OLEH NORHAYATI UMOR

PETALING JAYA, 25 OGOS: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sekali lagi menganjurkan Festival Petaling Jaya 2016 bertemakan ‘The Colors of PJ’.

Timbalan Datuk Bandarnya, Johary Anuar, berkata festival yang memasuki tahun ke-4 itu merupakan festival yang membawa hala tuju untuk menghimpunkan seluruh lapisan masyarakat di bandar raya itu.

Katanya, menerusi festival itu, MBPJ yakin mampu menaikkan lagi nama dan mempromosikan Petaling Jaya di peringkat antarabangsa.

“Pusat Bandar Seksyen 52 sekali lagi menjadi lokasi tetap festival ini selaras dengan hasrat MBPJ menceriakan Pusat Bandar ini melalui pelbagai program dan aktiviti sosial seterusnya menyokong pelaksanaan Projek PJ Liveable City @ Seksyen 52.

“Pelbagai aktiviti dirancang untuk PJ Fair 2016 dan satu daripada acara kemuncaknya adalah setiap pengunjung berpeluang mengambil bahagian untuk turut serta mengambil gambar ‘Wefie’ dengan Datuk Bandar MBPJ yang bakal direkodkan sebagai Wefie teramai dan terbesar dalam Malaysia Book Of Record,” katanya dalam sidang media, semalam.

????????????????????????????????????

Festival Petaling Jaya 2016 berlangsung selama 3 hari bermula pada 26 hingga 28 Ogos 2016 (Jumaat hingga Ahad).

Johary berkata, bagi menghangatkan lagi festival itu, MBPJ turut mengerakkan kempen media sosial di laman Facebook dan Instagram iaitu #happypjselfiedance.

Katanya, peserta yang mahu menyertai pertandingan itu perlu memuat naik rakaman video menari ‘selfie’ secara kreatif selama 20 saat di laman sosial masing-masing dengan meletakkan hashtag, #happypjselfie, #happypjselfiedance dan #mypjfair2016.

Tiket Percutian Ke Bali untuk dua orang, Iphone 6s, Go Pro Hero 4, dan hadiah barangan istimewa PJKITA disediakan kepada pemenang.

Untuk info lanjut orang ramai boleh ikuti laman sosial PJKITA (facebook, twitter, & instagram) atau layari www.pjkita.my.

Dalam festival itu juga, turut dimeriahkan dengan penglibatan artis tempatan antaranya Amy Search, Zamani Slam, Altimet, Faiz Dickey, Chazynash, Amir Jahari, Hunny Madu, Eto Blues Gang dan De Fam.

Antara aktiviti disediakan Fesyen dan ‘Lifestyle’, Fesyen Muslimah, Kids & Accessories, Pameran Motorsikal Klasik dan Kereta, Foodtruck, Mini Petting Zoo dan Persembahan Busking.

Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Jabatan Perancangan Pembangunan MBPJ atau menghubungi 03-79563544 sambungan 261/262/358 atau layari website www.pjkita.my dan www.mypjfair.my.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.