Categories
SELANGOR

Gangguan bekalan air sementara di Shah Alam dan Petaling Jaya

SHAH ALAM 29 OGOS: Beberapa kawasan di Shah Alam dan Petaling mengalami gangguan bekalan air sementara ekoran paip air utama pecah di belakang Kilang Carlsberg, Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor, Amin Lin Abdullah, berkata kerja pembaikan paip pecah sedang giat dijalankan dan bekalan air di kawasan terlibat dijangka pulih secara berperingkat.

Kawasan terlibat di Klang/ Shah Alam adalah Seksyen 21, Seksyen 22, Seksyen 25, Seksyen 26, Seksyen 27, Seksyen 28, Kampung Kebun Bunga, Kampung Baru Hicom, Subang Mas Batu 3, Batu 3 Shah Alam, Bukit Kemuning, Bukit Naga, Kampung Lombong, Jalan Kebun, UEP & USJ Subang.

Turut terlibat kawasn Seksyen 32, Seksyen 33, Putra Heights, Kampung Bukit Lanchong, Kampung Jawa, Bandar Putera, Taman Sentosa, Taman Maznah, Taman Samarind, Taman Batu 3, Taman Desa Latania, Taman Desa Kemuning dan Jalan Mohd Sidin.

Kawasan terlibat di Petaling adalah USJ 1 hingga USJ 27, Pinggiran USJ 1 hingga Pinggiran USJ 3, TP 1 hingga TP 7 (Taman Perindustrian UEP), Subang Heights, USJ Heights dan USJ 3A hingga USJ 3D.

Katanya, pengguna boleh mendapatkan status terkini mengenai kerja pembaikan paip air utama ini melalui aplikasi telefon bimbit pintar “mySYABAS” dan www.syabas.com.my.

EZY