Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Jerebu: Shah Alam catat IPU 86 jam 11 pagi

SHAH ALAM 17 OGOS: Jerebu yang kerap melanda negara pada pertengahan tahun dilaporkan kembali berulang.

Jarak penglihatan di sekitar lembah klang dan Shah Alam juga kelihatan agak kabur dan berasap.

Laman web Jabatan Alam Sekitar menunjukkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh negara jam 11 pagi ini pada paras sederhana iaitu kurang daripada 100 di beberapa kawasan.

Antaranya Banting mencatatkan IPU (79), Kuala Selangor (81), Pelabuhan Kelang (88), Petaling Jaya (72), Shah Alam (86).

Manakala Putrajaya mencatatkan IPU 76, Cheras (71), Batu Muda (72).

Bacaan IPU antara 0-50 dikategorikan sebagai baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat); 201-300 (sangat tidak sihat) dan 301-400 sebagai berbahaya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.