Categories
BERITA UTAMA SELANGOR SUKANKINI

MB: Rombakan The Red Giants berdasarkan merit

OLEH AFIX REDZUAN

DENGKIL, 8 OGOS: Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan tindakannya mengarahkan rombakan segera dalam pasukan The Red Giants dibuat secara merit.

Katanya, ia adalah langkah awal demi memastikan pasukan kembali ke prestasi sebenar di samping beberapa langkah lain dijangka menyusul sedikit masa lagi.

“Tindakan perlu diambil berdasarkan merit. Sekiranya tiada prestasi yang baik, saya selaku Presiden akan mengambil tindakan sewajarnya.

AZMIN-500x357“Ini hanya langkah awal dan ada beberapa pengumuman yang bakal dibuat. Saya harus mengambil tindakan proaktif supaya prestasi pasukan Selangor dapat dipertahankan,” katanya.

Terdahulu, Mohamed Azmin menerusi laman mikro Twitter meluahkan rasa tidak puas hati ekoran penurunan prestasi Selangor yang mencatatkan kekalahan 1-0 ketika menentang Kedah, pada 6 Ogos lalu.

Itu adalah kekalahan keempat berturut-turut dengan keputusan sama yang dicatatkan ketika bertemu KL Felda United, Pahang dan Terengganu T-Team.

Susulan itu, Selangor mengambil keputusan menamatkan kontrak jurulatihnya, Zainal Abidin Hassan serta-merta.

Ketika ini, K Gunalan akan menggantikan posisi Zainal Abidin sementara FAS mencari calon sesuai selaku jurulatih Selangor.

The Red Giants menduduki tanggan ketiga liga dengan 26 mata ketinggalan jauh kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Felda United.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.