Categories
SELANGOR

MDHS anjur kayuhan basikal promosi destinasi pelancongan

OLEH NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 12 OGOS : Usaha mempromosi Kuala Kubu Bharu sebagai lokasi pelancongan santai dan semula jadi terus dipergiat Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS).

Terbaru, MDHS dengan kolaborasi Straco Ventures bakal menganjurkan ‘Climbing Up Fraser King of Mountain Hill Challenge’ melibatkan cabaran kayuhan basikal merentasi laluan sejauh 46 kilometer bermula di Taman Millenium dan berakhir di Menara Jam Bukit Fraser, pada 21 Ogos ini.

Laluan unik selain berbukit itu mampu mencabar peserta sekali gus memberi impak serta menduga keupayaan kayuhan mendaki bukit.

Julung kali dianjurkan, acara berbasikal itu dibuka kepada 1,300 peserta berikutan penyertaan begitu menggalakkan dengan hadiah wang tunai RM10,000 menanti pemenang.

Ia merupakan antara acara sukan bertujuan mempromosi keindahan alam semula jadi di daerah itu sempena Tahun Melawat Hulu Selangor 2017.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.