Categories
NASIONAL

‘Penjara’ simbolik penahanan MO1, ribuan peserta gesa tangkap perasuah

OLEH ERMIZI MUHAMAD

KUALA LUMPUR, 27 OGOS : Bukan hanya sepanduk dan kain rentang menuntut Malaysian Official One (MO1) ditangkap, namun replika penjara turut digunakan dalam demostrasi Tangkap MO1 di Jalan Raja Laut.

Ia sebagai simbolik kepada individu yang didakwa MO1 perlu dipenjarakan susulan dakwaan rasuah dan integriti kewangan dilaporkan Development Of Justice (DOJ) Amerika Syarikat.

Tarikannya, Aktivis Fahmi Redza berada di dalam kurungan ‘penjara’ dengan karikatur wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam perkembangan lain, kumpulan mahasiswa dihalang pihak berkuasa memasuki ruang Dataran Merdeka bagi mengadakan perhimpunan aman.

Bagaimanapun, tumpuan peserta perhimpunan aman diteruskan di Jalan Raja Laut dengan kehadiran ribuan peserta.

Lebih menarik, ia bukan sekadar dihadiri kumpulan mahasiswa seluruh negara, ia turut dihadiri aktivis pimpinan Pakatan, masyarakat awam daripada lapisan agama dan bangsa.

EZY