Categories
NASIONAL

Rizab tunai PBT meningkat lebih 100%

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 1 OGOS: Rizab tunai di semua pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor meningkat melebihi 100 peratus dari 2013 dan 2014.

Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah, berkata peningkatan terbabit dapat dilihat daripada jumlah RM626.28 juta kepada RM1.44 bilion.

“Bagi data rizab tunai PBT 2015, data masih lagi di dalam semakan Jabatan Audit Negara,” katanya di Sidang Dewan Negeri bagi menjawab Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku).

Rizab tunai Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) meningkat RM370.84 juta (100 peratus) berbanding RM44.16 juta pada 2013 dan diikuti Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebanyak RM420.85 juta (37 peratus) berbanding RM308.25 juta (2013).

PBT SELANGORSelain itu, rizab tunai di PBT lain bagi 2014 ialah Majlis Perbandaran Klang (MPK) sebanyak RM28.86 Juta, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sebanyak RM128.49 juta, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) (RM128.49 juta), Majlis Perbandaran Selayang (MPS) (RM44.77 juta), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) (RM172.84 juta) dan Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) (RM133.04 juta).

Manakala, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) mencatatkan rizab tunai sebanyak RM8.05 juta, Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) sebanyak RM16.32 juta, Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) sebanyak RM28.77 juta dan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) pula sebanyak RM9.40 juta.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.