Categories
SELANGOR

SITEC Deals tawar diskaun sehingga 78%

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 24 OGOS: Lebih 40 peniaga atas talian sudah menyertai platform SITEC Deals di bawah kendalian Majlis Teknologi Informasi dan E-Dagang Selangor (SITEC).

Bakal dilancarkan pada 31 Ogos ini, SITEC Deals juga menawarkan diskaun sehingga 78 peratus, penghantaran percuma dan tawaran menarik lain sempena Hari Merdeka ini.

“Buat masa ini, SITEC Deals merangkumi jualan barangan dan perkhidmatan seperti peralatan rumah, elektronik, nutrisi dan suplimen, pelancongan, barangan ibu dan bayi serta makanan haiwan peliharaan.

“Promosi tawaran istimewa boleh didapati sempena perayaan besar termasuk Hari Raya Haji, Hari Malaysia, Awal Muharam, Deepavali dan Hari Natal,” kata SITEC dalam kenyataan media.

Untuk membeli belah menerusi SITEC Deals, orang ramai boleh melayari laman http://bit.ly/SITECDeals.

Orang ramai juga boleh mengikuti tawaran dan promosi SITEC Deals di Facebook SITEC (www.facebook.com/sitecmy) dan Online Newsletter.

Peniaga atas talian yang berdaftar di Suruhanajaya Syarikat Malaysia (SSM) dialu-alukan untuk menyertai SITEC Deals.

Tidak dikenakan sebarang bayaran, mereka yang berminat hanya perlu mengisi borang dan menghantar promosi grafik menerusi link http://bit.ly/sitecdealsform.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Keith Chew di [email protected].

Leave a Reply

Your email address will not be published.