Categories
SELANGOR

236 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan mangsa banjir

OLEH NAZLI IBRAHIM

KAPAR, 16 OKT: Seramai 236 mangsa daripada 53 keluarga dipindahkan ke pusat penempatan mangsa banjir di Dewan Serbaguna Kampung Tok Muda sehingga jam 12.15 malam tadi.

Mangsa yang rata-rata penduduk Kampung Tok Muda mula berpindah sejak awal malam tadi.

Pegawai Pemantau Bencana Skuad Pantas Majlis Perbandaran Klang (MPK), Mohd Khairi Ahmad Zaid, berkata persiapan membantu mangsa banjir akibat air pasang besar kali ini lebih tersusun berbanding sebelumnya.

“Pantas menghantar seramai 12 dipecahkan ke beberapa lokasi untuk memantau paras air.

“Kami juga menyertai pasukan polis, Bomba dan Penyelamat, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Rela dan Pasukan Tindakan Cemas Malaysia (PKCM),” kata Mohd Khairi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Selangorkini di Dewan Serbaguna Kampung Tok Muda di sini, hari ini.

14671209_1305522269479634_2811817077469677995_nSemantara itu tinjauan SelangorKini di lokasi terjejas akibat fenomena air pasang besar kali ini mendapati beberapa kawasan berhampiran kunci air sekitar kampung terbabit telah dinaiki air sejak jam 4.00 pagi.

Antaranya melibatkan dua rumah dan satu kedai makan yang tidak berapa jauh daripada jana kuasa elektrik milik Kapar Energy Venture.

Bagaimanapun kira-kira jam 5.15 pagi air mulai surut dan kembali kepada keadaan sedia kala kira-kira jam 7.00 pagi.

EZY