Categories
SUKANKINI

Arena MPSJ terima pengiktirafan Fifa

OLEH NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 6 OKT : Padang Bola Sepak Arena milik Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menerima pengiktirafan antarabangsa, Fifa Quality Pro.

Pegawai Komunikasi Korporat Jabatan Korporat dan Penurusan Strategik MPSJ, Muhammad Azli Miswan berkata, padang terbabit mendapat pengiktirafan dua bintang dengan pensijilan Fifa selama setahun bermula 15 Julai lalu dan berakhir 14 Julai tahun depan.

“Pengiktirafan ini dilihat sebagai inisiatif MPSJ menyediakan kemudahan sukan berkualiti bertaraf antarabangsa yang boleh dimanfaatkan masyarakat, golongan belia serta remaja di bawah pentadbiran MPSJ,” katanya.

padang-bola-sepak-mpsj-1Pada 30 Disember 2015, MPSJ melaksanakan kerja pemasangan rumput tiruan (artificial turf) dan dibuka sepenuhnya pada 1 Jun lalu.

Arena MPSJ turut dilengkapi kemudahan padang bola sepak bersaiz Fifa, trek balapan diiktiraf IAAF, bilik teknikal, pentas dan bilik persalinan.

Ia membabitkan perbelanjaan kos sebanyak RM1.7 juta dengan RM1 juta daripadanya diperoleh daripada Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor.

“Sesi pengujian mendapatkan pensijilan Fifa dilaksanakan di Pusat Penyelidikan Acousto-Scan Pty Ltd dan MPSJ berjaya menepati beberapa kriteria ditetapkan,” katanya.

-nR-