Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Siap sedia hadapi gelombang air laut pasang besar

OLEH SYASYA SUFIAN

KLANG, 9 OKT: Kerajaan Negeri bersiap sedia bagi menghadapi fenomena air laut pasang besar dengan memperuntukkan RM 4.3 juta untuk memperbaiki benteng atau ban pecah.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian & Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata peruntukan itu dipertanggungjawabkan dibawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri untuk membaiki ban yang rosak akibat air pasang sebelum ini.

“Saya semak dengan pengarah JPS perkara itu telah pun siap selesai dan kita bersedia menghadapai air pasang besat itu nanti.

“Ban (benteng) dalam keadaan yang baik dan kita tahu mengikut jadualnya pertengahan Oktober ini akan berlaku air pasang besar sehingga 5.7 meter,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian selepas perasmian Karnival Jelajah Infratani 2016 DUN Meru, semalam.

Zaidy berkata, penduduk yang tinggal berdekatan di persisiran pantai juga diarahkan berpindah awal demi kesemalatan masing-masing.

“Kita maklumkan kepada penduduk supaya berpindah awal. Melalui unit bencana diarahkan untuk buka pusat perpindahan sebelum berlakunya banjir atau limpahan.

“Kita juga bersedia dengan peruntukan jika berlaku kerosakan teruk kepada rumah terlibat melalui unit bencana,” katanya.

EZY