Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL PILIHAN MINGGUAN

MB: Peruntukan segera RM40.88 juta dilulus, baik pulih infrastruktur pascabanjir

SHAH ALAM, 7 JAN: Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan segera berjumlah RM40.88 juta bagi melaksanakan projek pembersihan dan pemulihan infrastruktur yang terjejas akibat banjir.

Dato’ Menteri Besar berkata peruntukan itu diluluskan menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) semalam membabitkan projek kelolaan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Sebanyak RM9.18 juta diperuntukkan bagi 13 projek kepada JPS bagi usaha pengukuhan tebing sungai, pembinaan ban sungai, pembinaan aras platform Tenaga Nasional Berhad (TNB), pembelian set penghidup mudah alih serta penambahan Sistem Amaran Banjir di kawasan titik penting.

“Sebanyak RM31.7 juta pula diperuntukkan kepada JKR Selangor bagi projek kritikal seperti pembersihan runtuhan cerun, tebing jalan serta baik pulih jalan rosak di Jalan Sungai Lui, Sungai Lalang dan Jalan Bukit Peras,” katanya.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pada sidang media khas situasi banjir di bilik mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Beliau berkata projek kelolaan JPS dianggap kerja darurat dan sangat  perlu buat dibuat segera susulan kejadian banjir baru-baru ini.

“Selain itu kerja pembaikan dan pembersihan perlu segera dilakukan, jika tidak keadaan laluan dan kemudahan seperti jalan serta lereng bukit akan terjejas dan ditutup.

“Saya akan bincang kerana sebahagian jalan melibatkan kerajaan persekutuan. Insya-Allah kita sedia bincang dan dengan peruntukan sedia ada untuk baik pulih infrastruktur dan proses seterusnya,” katanya.

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

JPS baik pulih ban pecah Sabak Bernam

OLEH ERMIZI MUHAMAD

TANJUNG KARANG, 18 NOV : Kerja baik pulih ban pecah sekitar perkampungan Sabak Bernam giat dilaksanakan sebagai komitmen Kerajaan Negeri mengatasi masalah hakisan dan limpahan air di daerah itu.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pihaknya sudah menerima permohonan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor (JPS) untuk tujuan berkenaan.

“JPS telah mengemukakan permohonan dan sebahagian kerja dilaksanakan dan kita berharap semua kerja itu dapat disiapkan segera.

img_2206“Atas komitmen itulah, saya bersama kepimpinan Kerajaan Negeri turun padang meninjau kemajuan kerja baik pulih ban seluruh negeri,” katanya selepas menyampaikan bantuan baik pulih masjid di Kampung Haji Razali, di sini, hari ini.

Terdahulu, ban di Tebuk Mendeling dengan kepanjangan 80 meter pecah ekoran fenomena air pasang yang berlaku dalam kejadian, 14 November lalu.

Bagaimanapun, ia tidak menjejaskan kawasan penempatan penduduk di kawasan itu walaupun berlaku runtuhan ban dan limpahan masuk air laut.

Sementara itu, JPS turut memasang pam air bagi menyalurkan air keluar dari kawasan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Sungai Tengar.

Memetik laporan Berita Harian, difahamkan JPS akan membina ban mini di kawasan PPRT Sungai Tengar bagi menyekat laluan air dari parit selain satu pam air akan dipasang bagi mengalirkan air keluar dari kawasan itu.

Limpahan air laut turut dilaporkan berlaku di kawasan Pantai Bagan Nakhoda Omar, Dataran Batu 23, Ban Sungai Apong, Ban Sungai Lang, persekitaran Pekan Sabak Bernam dan di Sekolah Kebangsaan Sungai Burong.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Ban siap sebelum air pasang besar kedua

OLEH SYASYA SUFIAN

KLANG, 13 OKT: Exco Infrastruktur bersama pengarah jabatan yang bertanggungjawab turun padang bagi memastikan kerja membaiki benteng atau ban siap pasang sepenuhnya.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, beliau bersama pihak berwajib membuat lawatan untuk melihat ban yang dibina bagi menghadapi fenomena air pasang besar kedua yang dijangka, pada 16 hingga 20 Oktober ini.

“Hari ini kita turun untuk memastikan peruntukan RM4.3 juta yang diperuntukkan membaiki semua ban rosak akibat air pasang yang berlaku pada bulan lepas siap dibaiki.

ybzaidy-2“Kita juga sedia maklum, dijangka air pasang besar akan berlaku setinggi 5.7 meter,” katanya selepas lawatan di Kampung Tok Muda, Kapar, di sini, hari ini.

Zaidy berkata, selain itu 21 pam turut turut dipasang di daerah Klang untuk menolak balik air ke laut.

Sementara itu, Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara, Dato’ Ir Rohaizi Mohd Jusoh berkata, setinggi dua kaki benteng guni beg pasir dipasang di Kampung Tok Muda dan beberapa kawasan lain untuk mengukuhkan lagi benteng.

“Kerja yang kita lakukan hari ini adalah untuk meninggikan ban sedia ada hingga dua kaki dengan menggunakan kaedah guni pasir untuk menahan air laut dari masuk ke kawasan Kampung Tok Muda.

“Beg pasir ini akan dipasang sepanjang 350 meter yang dijangka siap hari ini atau selewatnya esok. Penambahan ini juga adalah inisiatif bersama Kerajaan Negeri demi keselamatan orang ramai,” katanya.

Turut hadir, ADN Sementa, Dr Daroyah Alwi; Pegawai Daerah Klang, Mohd Zainal Mohd Nor dan Pengarah Jabatan Pengairan Selangor, Hashim Osman.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Siap sedia hadapi gelombang air laut pasang besar

OLEH SYASYA SUFIAN

KLANG, 9 OKT: Kerajaan Negeri bersiap sedia bagi menghadapi fenomena air laut pasang besar dengan memperuntukkan RM 4.3 juta untuk memperbaiki benteng atau ban pecah.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian & Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata peruntukan itu dipertanggungjawabkan dibawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri untuk membaiki ban yang rosak akibat air pasang sebelum ini.

“Saya semak dengan pengarah JPS perkara itu telah pun siap selesai dan kita bersedia menghadapai air pasang besat itu nanti.

“Ban (benteng) dalam keadaan yang baik dan kita tahu mengikut jadualnya pertengahan Oktober ini akan berlaku air pasang besar sehingga 5.7 meter,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian selepas perasmian Karnival Jelajah Infratani 2016 DUN Meru, semalam.

Zaidy berkata, penduduk yang tinggal berdekatan di persisiran pantai juga diarahkan berpindah awal demi kesemalatan masing-masing.

“Kita maklumkan kepada penduduk supaya berpindah awal. Melalui unit bencana diarahkan untuk buka pusat perpindahan sebelum berlakunya banjir atau limpahan.

“Kita juga bersedia dengan peruntukan jika berlaku kerosakan teruk kepada rumah terlibat melalui unit bencana,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Ban rosak selesai dibaiki JPS ekoran air pasang besar

OLEH LIZAWATI MADFA

SABAK BERNAM, 21 SEPT: Ban rosak dan putus di dua tempat di Sungai Air Tawar akibat fenomena air pasang besar selesai dibaiki Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata tindakan segera itu memungkinkan 15 keluarga dari Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) Sungai Air Tawar dibenarkan pulang dari pusat pemindahan banjir.

“Kerajaan Negeri mengambil langkah segera bagi menghalang kemasukan air laut di kawasan terlibat.

“Kerosakan ban di Kampung Sungai Lang dan Kampung Sungai Apong juga dalam proses pembaikian segera,” katanya kepada SelangorKini.

whatsapp-image-2016-09-21-at-09-53-54Semalam, beliau melakukan tinjauan di beberapa ban pecah di sekitar Sabak Bernam.

Bermula 18 September lalu, beberapa kawasan pantai di Selangor mula mengalami fenomena air pasang besar luar biasa, sepertimana pernah berlaku pada 2006.

Zaidy berkata, hal ini berlanjutan pada tahun ini khususnya pada minggu ketiga setiap bulan dan paras air dijangka mencecah sehingga 5.7 meter.

“Penduduk di penempatan berhampiran diminta berjaga-jaga kemungkinan berlakunya banjir.

“Penduduk juga diingatkan untuk sentiasa peka dengan maklumat terkini serta mematuhi arahan pihak berkuasa dari masa ke masa,” katanya.

EZY