Categories
SELANGOR

SIE kukuh peranan Selangor sebagai hab serantau

OLEH LIZAWATI MADFA

SUBANG JAYA, 20 OKT: Penganjuran Selangor International Expo (SIE) merupakan sebahagian usaha penting menempa negeri ini sebagai hab serantau perdagangan, industri dan inovasi.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, SIE juga berfungsi sebagai pintu masuk pasaran global di wilayah Asia Tenggara (ASEAN).

Katanya, lima kluster ekonomi turut digariskan sebagai fokus utama SIE membabitkan barangan dan perkhidmatan halal, e-dagang, sains hayat, peralatan pengangkutan dan permesinan.

“Namun untuk tahun ini, kita memberi fokus kepada tiga sektor ekonomi iaitu barangan dan perkhidmatan halal, e-dagang serta sains hayat,” katanya.

img_20161020_164749_407Beliau berucap demikian ketika ucapan perasmian SIE 2016 di Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC) di sini, hari ini.

Dianjurkan INVEST Selangor Berhad (INVEST), SIE 2015 berjaya membawa pulangan berjumlah RM50 juta kepada Selangor.

Pada 2015, SIE menerima penyertaan sebanyak 410 gerai pameran dengan 167 merupakan gerai dari luar negara.

Memasuki tahun kedua penganjurannya, SIE pada tahun ini menerima 40 peratus pertambahan gerai pameran iaitu sebanyak 565.

-nR-