Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Sumbangan RM2.3 juta baik pulih 41 maahad tahfiz

OLEH AFIX REDZUAN

BANGI, 28 OKT: Kerajaan Selangor menyerahkan sumbangan baik pulih dan naik taraf maahad tahfiz swasta Selangor bernilai RM2.3 juta di Maahad Tahfiz Pondok Durani, Teras Jernang, di sini..

img_20161028_103808_521Sumbangan itu disampaikan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali yang diagihkan kepada 41 maahad tahfiz dari 12 daerah di Selangor sempena majlis turun padang ke daerah Sepang.

Timbalan Pengerusi Persatuan Tahfiz Negeri Selangor (PITAS), Hafiz Mohd Hanifa berkata, beliau menghargai keprihatinan Kerajaan Negeri yang terus prihatin dalam membantu maahad tahfiz.

“Saya mewakili PITAS mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali yang sudi turun padang melihat kami warga maahad tahfiz dan menyerahkan sumbangan.

“Semoga sumbangan kepada 41 maahad tahfiz ini dapat meringankan beban dan mampu menaiktaraf pendidikam tahfiz di Selangor,” katanya.

-NFN-