Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Buah fikiran ADN ramuan penting Belanjawan Selangor

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 28 OKT: Buah fikiran Ahli Dewan Negeri (ADN) menjadi salah satu ramuan penting dalam Belanjawan Selangor 2017.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, beliau mengadakan sekurang-kurangnya lima sesi perbincangan dengan ADN Selangor sebelum taklimat Rang Undang-Undang dan Mesyuarat Pre-council, Mesyuarat Ketiga Penggal semalam.

“Sebelum ini cuma ada sekali ‘pre-council’ beberapa hari sebelum sidang dewan tetapi tahun ini kita buat lima sesi sekali gus membuktikan bahawa peranan ADN itu amat penting dalam memberikan maklum balas dan pandangan sebelum kita mencetak buku-buku belanjawan.

b“Kalau kita hanya adakan sekali pada hari ini, pada ketika ini semua buku dan dokumen belanjawan sudah pun dicetak dan apa pun pandangan mereka kita tidak dapat pinda,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Taklimat Rang Undang-Undang & Mesyuarat Pre-council, Mesyuarat Ketiga Penggal keempat di Bilik Gerakan, Bangunan Annex, di sini semalam.

Jelasnya, beliau mengambil pendekatan memberi masa sekurang-kurangnya tiga bulan kepada ADN untuk memberikan pandangan sebelum belanjawan dibentangkan.

Selain itu katanya, taklimat rang undang-undang juga boleh membantu ADN supaya menumpukan isu pembangunan dan juga pengurusan negeri dengan fakta kuat dan kukuh.

-nR-