Categories
NASIONAL

Delegasi Selangor lawat pengurusan Toyota Motor Corporation

OLEH ERMIZI MUHAMAD

JEPUN, 28 NOV : Delegasi Kerajaan Selangor mengadakan pertemuan bersama pengurusan tertinggi Toyota Motor Corporation (TMAP) bagi membincangkan prospek pelaburan Jepun di Selangor.

Pertemuan diketuai Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali diaraikan Presiden Niaga Unit Toyota, Shinya Kotera, Pengarah Urusan TMAP Jepun, Satora Nakamura dan Timbalan Pengarah TMAP Jepun, Yoshihito Kawamoto.

Rangka pertemuan tersebut turut disertai Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana, dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim dan Pengarah Esekutif UMW Toyota, Ravindran Kurusamy.

Delegasi Kerajaan Selangor bermula 24 November lalu, tiba di Tokyo meneruskan misi pelaburan Kerajaan Negeri dan Invest Selangor bagi rangka kerja pengukuhan agenda Smart Selangor.

Lawatan dimulakan menerusi kunjungan hormat Dato’ Menteri Besar ke Fujisawa melihat perkembangan teknologi pembangunan bandar pintar yang dilaksakanan di kawasan itu.

nagoya-jepunSemalam, delegasi Kerajaan Negeri dibawa ke Toyota Commemorative Museum of Industry & Technology dan Toyota Automobile Museum.

Delegasi kemudiannya dibawa ke Toyota Ecoful Town untuk melihat pembangunan Smart City yang dibangunkan oleh Toyota.

Awal tahun lalu, Toyota Motor telah bersetuju meluaskan prospek pelaburan sebanyak RM2 bilion di Bukit Raja, Klang.

-nR-