Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Kerajaan Negeri serius tangani isu tunggakan cukai tanah

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 3 NOV: Kerajaan Negeri mengambil beberapa tindakan kepada pihak berkaitan khususnya penunggak tegar dalam usaha menggurangkan tunggakan cukai tanah di Selangor.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata pihaknya memandang serius isu berkenaan khususnya tunggakan melebihi lima tahun dan sentiasa merancang strategi bagi menanganinya juga memantau secara ‘collective effort’ melalui Jawatankuasa Teknikal Pemantauan Hasil.

Katanya, langkah seterusnya mengurangkan tunggakan cukai tanah di peringkat negeri dianggotai Bahagian Pengurusan Hasil Perbendaharaan Selangor, Unit Hasil di semua Pejabat Daerah dan Tanah, PTG Selangor dan Bahagian Pendaftaran PTG Selangor serta Bahagian Teknologi Maklumat.

“Antara usaha telah dilaksanakan menggempur penunggak tegar ini adalah operasi kutip cukai tanah tahunan dengan kaedah menjejaki pemilik tanah yang berkenaan lalu menasihati dan memeberi amaran melalui surat peringatan untuk melaksanakan tanggungjawab menyelesaikan tunggakan itu.

mb-dun“Selainnya ialah menerima bayaran cukai tanah secara ansuran, memberikan pengurangan fi tunggakan atau denda lewat bagi yang layak, tindakan rampasan jika pemilik tanah gagal menjelaskan tunggakan cukai tanah membuka kaunter kutipan luar dengan saluran melalui van bergerak serta menambahkan saluran dan kaedah pembayaran secara atas talian juga menerima bayaran di kaunter pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya ketika menyertai sesi penggulungan Belanjawan 2017 Negeri dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian berhubung isu berkaitan dibangkitkan Law Weng San (Kampung Tunku – DAP) iaitu isu tunggakan cukai tanah sehingga 30 September lalu berjumlah RM356 juta dan mengatakan terdapat tunggakan yang telah melebihi tempoh 20 tahun.

Weng San meminta Kerajaan Negeri menangani penunggak tegar dan mencadangkan tindakan rampasan tanah ke atas pihak yang tidak mahu membayar cukai tanah.

-nR-