Categories
NASIONAL

Maria: Sejarah terlakar, Umno juga berdemo sebelum merdeka

SHAH ALAM, 17 NOV: Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) menolak kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kononnya demonstrasi jalanan bukan budaya rakyat negara ini.

Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, Umno juga pernah memilih jalan raya sebagai medan berdemontrasi ketika menentang British sebelum negara merdeka.

“Umno tidak akan hidup jika mereka tidak turun ke jalan raya.

maria chin“Jika kamu ingat bagaimana kita merdeka, kita turun ke jalan-jalan raya, sejak awal sejarah kita lagi.

“Kita berhak untuk berbeza pendapat. Demonstrasi jalanan sentiasa jadi budaya kita,” lapor MalaysiaKini.

Katanya, Kerajaan hari ini juga perlu memahami bahawa demontrasi adalah suara lantang rakyat yang serius mahukan perubahan demi menyelamatkan negara tercinta.

“Ia sebahagian daripada perjuangan kita untuk kemerdekaan. Dan sekarang kita berjuang untuk sebuah Malaysia baru,” kata Maria.

BERSIH akan mengadakan perhimpunan BERSIH 5, Sabtu ini bertemakan “Satukan Tenaga, Malaysia Baru”.

-nR-