Categories
SELANGOR

Milikan Rumah Selangorku, Kerajaan Negeri pertimbang kuota ibu tunggal

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 3 NOV : Kuota milikan perumahan mampu milik, Rumah Selangorku bakal dilaksanakan kepada ibu tunggal bagi membantu golongan itu memiliki kediaman sendiri.

Exco Perumahan, Pengurusan Bandar dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, pelaksanannya kini dibuat berpandukan sistem permarkahan mengikut beberapa kriteria utama.

“Kita ada pemarkahan supaya golongan ini boleh mendapat rumah, selepas kita campurkan keseluruhan dan markah dibuat, individu paling tertinggi layak membeli Rumah Selangorku.

Iskandar-DanaSel-featured“Bagaimanapun untuk tempoh ini, kita belum ada sebarang ketetapan kuota kepada golongan ini.

“Tetapi selepas beberapa perdebatan dibuat di peringkat Dewan, cadangan bagi memberi kuota ini boleh dipertimbangkan,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan lisan Ahli Dewan Negeri Kota Damansara, Halimaton Saadiah Bohan di Sidang Dewan Negeri (DNS), di sini, pagi ini.

Dalam perkembangan sama, sebelum ini Kerajaan Negeri menetapkan beberapa prosuder awal kelayakan milikan Rumah Selangorku.

Iskandar berkata, sistem pemarkahan dibuat dengan mengambil kira hasil pendapatan bulanan pemohon dan tanggungan keluarga.
rumah selangorku 2Rumah Selangorku kian menjadi antara pelopor pasaran hartanah tempatan yang mula diintai untuk dimiliki rakyat terutama golongan berpendapatan rendah.

Walaupun masih hijau dalam gelanggang perumahan juga hartanah, namun tawaran harga jualan Rumah Selangorku tidak melebihi RM250,000 seunit meyakinkan rakyat memohon menerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

Pesaing terdekat Rumah Selangorku adalah projek Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) dan Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) dengan tawaran harga jualan RM300,000.

-nR-