Categories
SELANGOR

Skuad PANTAS MDKL siap siaga hadapi Air Pasang Besar

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 14 NOV: Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) meletakkan semua anggota Skuad PANTAS dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi bencana air pasang besar.

Yang Dipertua MDKL, Mohd Azhar Mohamed Ali berkata, MDKL mempunyai seramai 18 anggota bagi membantu menjalankan kerja operasi dalam pelbagai situasi yang berlaku.

“Sekiranya berlaku bencana air pasang besar di daerah Kuala Langat, Skuad PANTAS akan turun bersama agensi menyelamat dibawah kendalian Pejabat Daerah Kuala Langat dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam memberikan bantuan.

“Skuad ini dilengkapi dengan beberapa jentera dan peralatan bagi memberikan khidmat serta bantuan menyelamat,” katanya dalam kenyataan.air-pasang-besar-3

Di jangkakan, paras air tertinggi adalah pada 15 November dengan ketinggian 5.6 meter pada 6.12 pagi dan pada 16 November pada jam 6.53 pagi.

Azhar berkata, Skuad PANTAS MDKL telah pun menjalankan operasi memotong dan mengalihkan pokok tumbang akibat hujan lebat dan angin kencang pada hari ini di hadapan restoren makanan segera di Pekan Banting, Jalan Jelawat 1 dan juga di Taman Halijahton.

“Seramai 12 terdiri daripada tujuh anggota PANTAS dan lima dari Jabatan Landskap MDKL bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat orang awam mengenai pokok tumbang yang menghalang laluan jalanraya.

“Penduduk yang tinggal berdekatan Pantai Kelanang dan pesisir Pantai Tanjung Sepat dinasihatkan agar sentiasa menjaga serta meningkatkan keselamatan bagi mengelakkan berlaku sebarang kejadian yang tidak di ingini berlaku,” katanya.

-nR-