Categories
AGENSI SELANGOR

PKP dilanjut, LUAS terus pantau lembangan sungai 24 jam

SHAH ALAM, 14 JUN: Pemantauan selama 24 jam di lembangan sungai utama negeri ini diteruskan walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilanjutkan sehingga 28 Jun depan.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berkata operasi oleh Skuad Pantas bagi memastikan insiden pencemaran dan henti tugas loji rawatan air tidak berlaku sepanjang tempoh sekatan tersebut.

“Sebarang urusan mahupun pertanyaan boleh menghubungi LUAS di aplikasi whatsapp di talian 019-2647904 dan emel [email protected].

“Segala kesulitan amat dikesali. Perhatian dan kerjasama semua pihak berkenaan perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Agensi juga memaklumkan ibu pejabatnya serta pejabat cawangan di Seksyen 15, Shah Alam dan Bangi ditutup mulai esok sehingga 28 Jun.

PKP 3.0 yang sepatutnya berakhir 14 Jun lalu dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi berkuat kuasa esok.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira jumlah kes harian masih melebihi 5,000 sehari.

 

Categories
AGENSI SELANGOR

Skuad Pantas LUAS pantau sungai 24 jam walau PKP

SHAH ALAM, 1 JUN: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) meneruskan operasi pemantauan selama 24 jam di lembangan sungai utama sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Agensi itu dalam kenyataan hari ini menyebut langkah terbabit bagi memastikan tiada insiden pencemaran dan henti tugas loji rawatan air (LRA) dalam tempoh tersebut.

“LUAS menggerakkan Skuad Pantas untuk melaksanakan operasi pemantauan 24 jam di lembangan-lembangan sungai utama negeri untuk memastikan insiden pencemaran dan henti tugas LRA tidak berlaku sepanjang tempoh PKP,” katanya.

LUAS berkata operasi ibu pejabatnya dan dua cawangan di Seksyen 15, Shah Alam dan Bangi ditutup berkuat kuasa hari ini sehingga 14 Jun.

Katanya, sebarang urusan atau pertanyaan boleh dibuat melalui aplikasi WhatsApp di talian 019-2647904 dan e-mel [email protected].

Kerajaan melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi fasa pertama di seluruh negara bagi tempoh dua minggu mulai hari ini.

Keputusan mengambil kira situasi terkini penularan Covid-19 melebihi 8,000 kes sehari, kes aktif lebih 70,000 dan angka korban yang semakin meningkat.

Categories
SELANGOR

Skuad PANTAS MDKL siap siaga hadapi Air Pasang Besar

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 14 NOV: Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) meletakkan semua anggota Skuad PANTAS dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi bencana air pasang besar.

Yang Dipertua MDKL, Mohd Azhar Mohamed Ali berkata, MDKL mempunyai seramai 18 anggota bagi membantu menjalankan kerja operasi dalam pelbagai situasi yang berlaku.

“Sekiranya berlaku bencana air pasang besar di daerah Kuala Langat, Skuad PANTAS akan turun bersama agensi menyelamat dibawah kendalian Pejabat Daerah Kuala Langat dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam memberikan bantuan.

“Skuad ini dilengkapi dengan beberapa jentera dan peralatan bagi memberikan khidmat serta bantuan menyelamat,” katanya dalam kenyataan.air-pasang-besar-3

Di jangkakan, paras air tertinggi adalah pada 15 November dengan ketinggian 5.6 meter pada 6.12 pagi dan pada 16 November pada jam 6.53 pagi.

Azhar berkata, Skuad PANTAS MDKL telah pun menjalankan operasi memotong dan mengalihkan pokok tumbang akibat hujan lebat dan angin kencang pada hari ini di hadapan restoren makanan segera di Pekan Banting, Jalan Jelawat 1 dan juga di Taman Halijahton.

“Seramai 12 terdiri daripada tujuh anggota PANTAS dan lima dari Jabatan Landskap MDKL bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat orang awam mengenai pokok tumbang yang menghalang laluan jalanraya.

“Penduduk yang tinggal berdekatan Pantai Kelanang dan pesisir Pantai Tanjung Sepat dinasihatkan agar sentiasa menjaga serta meningkatkan keselamatan bagi mengelakkan berlaku sebarang kejadian yang tidak di ingini berlaku,” katanya.

-nR-

Majlis penghargaan misi banjir Skuad Pantas Selangor

Kerajaan Negeri menyampaikan penghargaan rakyat Selangor kepada Skuad Pantas yang giat melaksanakan misi bantuan mangsa banjir di Pantai Timur.

Categories
SELANGOR

Ancaman banjir, PBT Selangor bersiap sedia

Oleh : NAEEM RAFFI

SHAH ALAM 12 DIS : Semua 12 Pihak Berkuasa Tempat (PBT) Selangor sudah diarah bersiap-siaga dan bersedia bagi menghadapi ancaman banjir.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim berkata pihak Pejabat Daerah juga sudah mempersiapkan tempat penempatan sementara jika perlu.

teng chang kim“Ini adalah bukti komitmen tinggi daripada kerajaan negeri bersama PBT untuk membantu agensi keselamatan lain dalam mengendalikan kes kecemasan dan bencana,”katanya.

Chang Khim berkata, kerajaan negeri lebih bersedia dengan program pencegahan banjir yang sudah dilaksanakan PBT dan kerja pencegahan juga berjaya disiapkan lebih awal daripada jadual yang ditetapkan, sekali gus membuktikan kesungguhan PBT.

“PBT sudah melaksanakan pelbagai program pencegahan banjir seperti mendalamkan saliran dan kolam tadahan banjir. Parit dan longkang juga dibersihkan daripada halangan bagi memastikan aliran air lancar” katanya.

Serentak dengan itu, Skuad Pasukan Tindakan Segera Negeri Selangor (PANTAS) sentiasa dalam keadaan aktif untuk respon kepada aduan kecemasan.

“Skuad ini akan memainkan peranannya apabila dikerah untuk kerja kecemasan termasuk banjir. PANTAS ditubuhkan untuk memberi khidmat sokongan logistik, kepakaran dan kebajikan membantu operasi keselamatan polis, bomba serta agensi berwajib.

-NFN-