Categories
SELANGOR

#BebasPlastik: Pandangan luar tambah baik kempen dirai

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 21 JAN: Kerajaan Negeri sedia berbincang dengan mana-mana pihak dalam menambah baik pelaksanaan kempen bebas plastik di Selangor.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, hal itu kerana terdapat maklum balas tambahan berhubung pelaksanaan kempen terbabit.

“Dari maklum balas diterima, sambutan ini sangat menggalakkan dan cukup positif dari pengguna serta rakyat.

azmin-mb1“Walaupun, ada maklum balas tambahan, kita sedia berbincang bagi menambah baik kempen ini,” katanya ketika ditemui.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan konvokesyen Pengajian Bersijil sesi 2016, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di Dewan Jubli Perak, di sini.

Terdahulu, peruncit mengenakan caj RM0.20 sen bagi setiap penggunaan beg plastik di pasaran boleh menggunakan wang tersebut bagi tujuan pembangunan sosial dan korporat (CSR).

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong berkata, walaupun cadangan tersebut belum dibuat mengikut ketetapan selanjutnya, namun ia boleh dimanfaatkan bagi tujuan tangungjawab sosial peruncit.

Elizabeth berkata, saranan tersebut tidak termaktub di negeri ini sebagaimana kempen CSR yang dilaksanakan di Pulau Pinang dan negara-negara maju lain.

Sebelumnya, hanya Kerajaan Pulau Pinang yang menetapkan pelaksanaan kempen CSR dalam usaha mengumpul wang caj tersebut bagi perkhidmatan tanggungjawab sosial.

-nR-