Categories
BERITA UTAMA SUKANKINI

MB: Terpulang kepada FAS tentukan siapa presiden mereka

OLEH NAZLI IBRAHIM

AMPANG, 12 NOV: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menyerahkan kepada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) untuk memilih siapakah individu yang mahu dipilih menggantikan beliau sebagai Presiden FAS.

“Saya bukan ahli FAS, saya serahkan kepada FAS untuk buat keputusan,” kata beliau kepada media selepas mengadakan lawatan tapak projek menaiktaraf sistem saliran di Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang di sini, semalam.

Beliau berkata demikian apabila ditanya tindakan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos menawarkan diri sebagai Presiden FAS yang baru.

Kelmarin, Jamal secara rasminya menawarkan diri menjadi Presiden FAS selepas tampil di pejabat FAS bagi menyerahkan surat tawarannya itu.

Tawaran itu dibuat selepas Mohamed Azmin meletakkan jawatannya sebagai Presiden FAS apabila tidak mendapat kerjasama anggota exco FAS sendiri untuk memartabatkan sukan bola sepak Selangor.

-nR-