Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Azmin terus raih populariti, Najib hilang sokongan rakyat

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 17 FEB : Ketika bahang Pilihan Raya Umum (PRU) 14 semakin dirasai, populariti Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali kini semakin diterima majoriti besar masyarakat negeri ini.

Peningkatan sokongan kepada 62 peratus berbanding 58 peratus sebelum ini mengesahkan kredibiliti kepimpinan Azmin berada di kelasnya tersendiri.

Perkara tersebut turut diakui, Institut Darul Ehsan (IDE) menerusi hasil Survei dan Kajian Persepsi Pengundi Selangor 4.0 yang dijalankan bermula 8 hingga 13 Februari lalu.

Timbalan Pengerusi IDE, Profesor Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, peningkatan sokongan itu didorong hasil pelaksanaan dasar berkebajikan dan pentadbiran intergriti diamalkan pucuk pimpinan negeri diketuai Azmin.

unisel-prof-redzuan“Peningkatan ini satu petanda positif kepada kepimpinan beliau untuk meraju Selangor pada pilihanraya akan datang.

“Kita rujuk semula populariti Menteri Besar kerana pelaksanaan dasar Kerajaan Negeri dalam konteks rakyat Selangor memberikan kepuasan rakyat yang sangat tinggi terhadap Kerajaan Negeri sedia ada kini,” katanya.

Beliau berkata, kajian survei mendapat majoriti besar rakyat turut berpuas hati dengan kepimpinan Dato’ Menteri Besar yang kerap turun padang meninjau permasalahan rakyat setempat.

Bahkan, peningkatan sokongan juga didorong hasil komitmen pengurusan terbaik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang menjalankan pentabdiran penuh efisien.

“Pentadbiran terbaik PBT inilah juga menjadi cerminan kepada sumbangan besar sokongan rakyat,” katanya.

Bagaimanapun, keadaan sebaliknya berlaku membabitkan sokongan rakyat terhadap legasi pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Laporan IDE mendedahkan, masyarakat Selangor dikatakan tidak lagi mempercayai kredibiliti kepimpinan Perdana Menteri susulan pelbagai skandal kewangan dan intergriti pentadbiran di peringkat Persekutuan.

ideStatistik IDE mendedahkan 45 peratus mengatakan Najib bukan lagi pemimpin yang mampu mempertahankan Putrajaya.

Perdana Menteri itu hanya meraih 29 peratus sokongan rakyat Selangor dengan 26 peratus lagi mengatakan tidak pasti terhadap kredibiliti Najib.

Lebih memalukan, Najib mengulangi rekod buruknya apabila 51 peratus masyarakat Cina Selangor menolak kepimpinannya sekali gus mengulangi peralihan undi sokongan ‘Tsunami Cina’ pada pilihanraya 13 lalu.

Tidak mengejutkan lagi, majoriti besar rakyat Selangor juga mengakui terkesan dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan di bawah pentadbiran Najib.

Hasil kajian IDE mendedahkan, 73 peratus pengundi Selangor menolak pelaksanaan dasar tersebut, sementara hanya 17 peratus menyokong dan sembilan peratus lagi tidak pasti.

Untuk makluman, IDE menggunakan inovasi terkini dalam penyelidikan berkenaan dengan menggunakan tablet dan aplikasiIDE e-survey yang dibangunkan
sendiri.

Ia membolehkan profil sampel responden, lokasi enumerator dan tugasan mereka dipantau secara ‘real time’ di bilik operasi bagi memastikan ketepatan survei berdasarkan profil responden ditetapkan.

Responden terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan India serta pelbagai latar belakang pekerjaan, tempat tinggal
juga taraf pendidikan.

Selain daripada survei dijalankan, IDE juga mengadakan temuduga berkelompok dengan pelbagai kumpulan bagi menentukan keabsahan dapatan.

-nR-