Categories
NASIONAL

GST 6% bebankan rakyat, kini tiada kedai RM2

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 1 FEB: Kadar enam peratus Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan Kerajaan Persekutuan terus memberi tekanan kepada rakyat ekoran peningkatan harga barangan di pasaran kini.

Menyelami kepayahan rakyat kini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turun padang membeli barangan rumah di kedai RM2 di Prima Saujana, Kajang.

Bagaimanapun, beliau kesal rakyat kini kerana terpaksa membayar lebih ekoran caj GST menjadikan harga barangan RM2.12.

Katanya, taktala rakyat menghadapi tekanan ekoran pelbagai kenaikan harga minyak dan barangan, rakyat terpaksa membayar lebih disebabkan caj GST yang dikenakan.

16487524_883757325060878_4794108703550867383_o“Oleh kerana ada caj GST, maka dah jadi kedai RM2.12..Untuk golongan marhaen pun kerajaan tetap kenakan cukai..masya Allah..,” tulisnya di laman sosial Facebook.

Terdahulu, Azizah berkata kenaikan harga petrol dan diesel bagi bulan ini tidak munasabah sama sekali.

Katanya, rakyat tidak seharusnya dibebankan kenaikan harga bahan bakar itu sedangkan tiada faktor yang menjurus kepada sebarang kenaikan.

Beliau berkata perubahan harga minyak mentah dunia dan perubahan nilai mata wang Ringgit Malaysia (RM) berbanding Dollar Amerika Syarikat (USD) tidak menunjukkan perubahan ketara.

Berkuat kuasa 1 Februari 2017 harga runcit petrol 95 dan 97 naik sebanyak 20 sen. Manakala harga runcit diesel meningkat sebanyak 10 sen.

Ini bermakna sepanjang bulan pertama dan kedua tahun ini rakyat Malaysia telah dibebankan kenaikan harga petrol RON95 sebanyak 40 sen, diesel sebanyak 30 sen dan RON97 sebanyak 35 sen.

=EZY=