Categories
SELANGOR

BUAL ajak orang ramai kupas topik ‘Warnai Pengetahuan’ esok

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 17 MAC: Orang ramai dijemput menyertai program bual bicara santai, BUAL yang berlangsung esok di INTEC Education College, UiTM Seksyen 17 di sini, pada jam 2 petang.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, program julung kali itu akan membicarakan topik ‘Warnai Pengetahuan’ untuk edisi pertama.

Katanya, tiga ahli akademik bakal bertindak sebagai panelis bagi membincangkan hal pendidikan tinggi dan kehidupan kampus pelajar.

“Bagi menarik pengunjung untuk memeriahkan program ini, ia juga turut menampilkan kehadiran artis jemputan.

MBSA03“Antaranya, kita tampilkan pasangan duo, Hani dan Sue yang merupakan bekas pemenang Project EP Hot FM beberapa tahun lalu,” katanya.

Program BUAL merupakan anjuran bersama MBSA dan INTEC, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Shahrin berkata, program berkenaan merupakan komitmen berterusan MBSA menjadi medium komunikasi kreatif serta memberi mesej positif kepada generasi muda khususnya di Shah Alam.

“Selain itu, ia juga sebagai salah satu peranan MBSA menyemarakkan aktiviti seni budaya, memberi peluang kepada golongan kreatif berkarya dan memperkasakan Shah Alam sebagai kota seni,” katanya.

-nR-