Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

PAKATAN kukuh di Selangor

OLEH HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR, 1 APR: Kecemerlangan pentadbiran Pakatan Harapan (PAKTAN) di Selangor membuktikan kesepakatan semua parti dalam gabungan itu dan tiada masalah berbangkit membelenggunya.

Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, tidak timbul isu supaya PAS menarik diri daripada pentadbiran Kerajaan Negeri kerana PAKATAN di negeri itu kini menjadi contoh kepada pentadbiran di negeri lain.

Katanya, ia salah satu kekuatan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri yang melonjakkan keyakinan rakyat di Selangor.

“Kita sudah membuktikan muafakat atas kerangka kerjasama ini boleh membantu mengangkat martabat rakyat dan memulihkan ekonomi.

MB KONVENSYEN PKR WP (29)“Ini terbukti di Selangor, kita ada KEADILAN, DAP, PAS, AMANAH dan sekarang BERSATU yang boleh duduk berbincang dalam kerangka bersama.

“Akhirnya, perpaduan ini disahkan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) sendiri,” katanya kepada media selepas Konvensyen KEADILAN Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.

Dato’ Menteri Besar itu mewakili Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi merasmikan konvensyen berkenaan.

Katanya, hasil pentadbiran penuh bertanggungjawab dan berintegriti PAKATAN di Selangor menjadikan ia sebagai satu model pentadbiran cukup efektif serta berkesan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu kedudukan PAS dalam pentadbiran Kerajaan Negeri yang disertai parti itu, sejak 2008.

Difahamkan, terdapat usaha pihak tertentu mendesak PAS Selangor menarik diri selepas pimpinan tertinggi memutuskan hubungan dengan PAKATAN.

-NFN-