Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Manisan Ah Mah House ‘pikat’ Sultan Selangor

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SEKINCHAN, 22 MEI : Manisan pastri dan bakeri terjual di Ah Mah House turut mencuri tumpuan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk berkenan mencemar duli meninjau operasi gerai berkenaan.

Tinjauan diadakan sebagai sebahagian pengisian tentatif lawatan baginda ke daerah Sekinchan pagi ini bersama Tengku Permaisuri, Tengku Norashikin diiringi Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan delegasi pimpinan Kerajaan Negeri.

Dalam lawatan itu, baginda turut berkenan mencemar duli menerima hidangan manisan daripada pengurusan gerai sebagai tanda ingatan dan rafak sembah di atas kesudian baginda melawat gerai itu.

SULTAN SEKINCHAN (22)Lawatan ke kedai manisan Ah Mah House juga menyaksikan baginda turut berkenan melihat sendiri sesi penghasilan pelbagai manisan yang sinonim dengan masyarakat Tionghua.

Menariknya, kedai manisan itu terletak bersebelahan sawah padi serta rekaan struktur kedai bercirikan klasik.

Malah, ciri hiasan dalaman gerai turut memaparkan beberapa alatan antik bercirikan kehidupan komuniti Tionghua di Selangor.

Pada masa sama, baginda turut berkenan beramah mesra bersama penduduk setempat yang mengambil peluang untuk bersalaman.

Sifat ramah mesra yang ditunjukkan baginda melangkaui status diraja, sekali gus membuktikan baginda sememangnya sultan berjiwa rakyat.