Categories
NASIONAL

Simbol Islam Rohingnya Myanmar bakal lenyap

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 4 MEI : Kegagalan masyarakat dunia memberi tumpuan terhadap kezaliman Kerajaan Myanmar membabitkan masyarakat Rohingnya bakal melenyapkan populasi Islam di negara itu.

Warga Rohingya, Abdul Satar, 43 berkongsi kisah duka apabila hak masyarakat Islam di negara itu kini dinafikan Kerajaan Myanmar ekoran serangan dan penutupan dua buah sekolah Islam di Yangon oleh sami Buddha Ultra Nasionalis, baru-baru ini.

Lebih memilukan, anak gadis Rohingnya turut dibunuh dan dirogol secara beramai-ramai tentera Rohingya tanpa wujud sifat kemanusiaan.

ROHINGNYA 2“Sebelum dibunuh, ada anak gadis Rohingya dirogol beramai-ramai tentera Myanmar, dan beginilah dilalui masyarakat Rohingnya setiap hari.

“Mereka juga menyekat dan menghalang Rohingnya menjalani kehidupan normal seperti manusia lain apabila kami tidak dibenarkan bekerja di bandar atau menyewa rumah secara sah.

“Kerajaan Myanmar bina papan tanda amaran supaya kami tidak boleh melalui jalan itu dan ada juga amaran untuk tidak benarkan langsung masyarakat Islam hidup di Myanmar,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), pagi ini.

Tidak terhenti setakat itu katanya, rumah mereka turut dihapus dan dibakar tentera Rohingya dan pusat kegiatan Islam Rohingnya Myanmar turut dimusnahkan.

“Hinggakan kubur Rohingnya juga turut dihapuskan dan diratakan dengan tanah dan di atas tanah itu jugalah mereka dirikan perkampungan.

“Kerajaan Myanmar lakukan kekejaman untuk lenyapkan kami di negara itu,” katanya.

ROHINGNYA 1Sebelum ini, krisis dan penindasan suku kaum Rohingnya dikritik masyarakat antarabangsa susulan keganasan berterusan pentadbiran Myanmar terhadap golongan itu.

Secara umum berpendapat, krisis Rohingya di Myanmar membabitkan pertikaian isu dan masalah agama.

Bagaimanapun, analis Siegfried O. Wolf berpendapat, krisis ini lebih bersifat amalan politik dan ekonomi Myanmar.

Terdahulu, Malaysia mengambil pendirian terbuka atas prinsip Islam sejagat dan ihsan membenarkan penempatan etnik Rohingnya di negara ini.

Satiranya, Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN sewajarnya mewujudkan inisiatif dan perancangan lebih agresif sebagai desakan kepada Myanmar menghentikan kekejaman Rohingya di Myanmar.

-nR-