Categories
NASIONAL

Lawatan Permata: Berapa Kerajaan belanja?

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 4 MEI: Permata digesa mendedahkan keseluruhan kos ditanggung Kerajaan Persekutuan bagi menampung perbelanjaan lawatan agensi itu ke London, United Kingdom (UK) selama tujuh hari.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Damansara Utama, Yeo Bee Yin juga menuntut kewajaran lawatan itu diadakan dengan disertai dua menteri bagi mengiringi Penaung Permata ke sana.

Katanya, ia juga menimbulkan pelbagai persoalan lain memandangkan perbelanjaan sektor perkhidmatan awam dan subsidi dicatu kerajaan Umno-BN.

“Jika ia menggunakan wang pembayar cukai, adakah patut kerajaan mengeluarkan belanja besar untuk lawatan ini sedangkan pelbagai bajet hampir semua sektor perkhidmatan awam dan subsidi dipotong.

KUALA LUMUR, 8 Nov -- Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor diiringi Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin (kanan) setibanya pada majlis minum petang sempena Persidangan Kepimpinan Wanita Muda Asean 2015 hari ini. --fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA

Turut serta, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Rosmah dijadual mmerasmikan Majlis Nobel Minda (Nobelist Mindset) iaitu program anjuran PERMATA Pintar dengan Royal Society of London.

Beliau juga dijangka menyaksikan majlis menandatangani dua Surat Hasrat (LOI) iaitu antara PERMATA Pintar dan Cambridge University serta PERMATA Insan dengan Oxford Centre for Islamic Studies, University of Oxford.

Mengulas lanjut, Bee Yin yang juga Ahli Jawatankuasa DAP Selangor membangkitkan keperluan mengadakan Majlis Nobel Minda di luar negara sedangkan ia diadakan di Malaysia sebelum ini.

“Begitu juga dengan LOI itu. Adakah Permata perlu membayar untuk menjalinkan kerjasama penuh ‘glamour’ itu dan berapa kosnya,” katanya.