Categories
NASIONAL

Tiada toleransi lindungi perasuah dalam KEADILAN

OLEH ERMIZI MUHAMAD

PETALING JAYA, 3 MEI : KEADILAN mengambil pendirian tegas untuk tidak melindungi mana-mana ahlinya yang dikaitkan dengan amalan korupsi dan rasuah.

Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar berkata, tiada tolak ansur diberikan sekiranya didapati ahlinya terlibat dalam kegiatan itu.

“Kita tidak teragak-agak dan tiada tolak ansur sekiranya wujud amalan korupsi dalam kalangan anggota parti,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat KEADILAN, pagi ini.

Mengulas isu tuduhan rasuah membabitkan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Ampang, Adam Rosly Abdullah, Nurul Izzah berkata, kes berkenaan sudah diserahkan kepada Jawatankuasa Disiplin bagi tindakan lanjut.

Katanya, kes berkenaan juga sudah diserahkan kepada pimpinan kanan parti bagi meneliti sebarang keputusan tatatertib.

=EZY=