Categories
SELANGOR

MBI anjur ‘ESQ Special For Ramadan’ bantu asnaf bangkit

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 3 JUN: Kira-kira 60 peserta pelbagai peringkat umur dipilih menyertai program prihatin ‘ESQ Special For Ramadan’ oleh Pemerbadanan Menteri Besar (MBI).

Program prihatin itu dianjurkan bersama Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) di IDCC, di sini.

Ketua Pegawai Operasi Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), Soffan Affendi Aminuddin berkata, program terbabit merupakan program berunsurkan keilmuan yang memberi manfaat kepada peserta khususnya kepada golongan asnaf fakir dan miskin serta mualaf.

Katanya, pendekatan tahun ini sedikit berbeza apabila golongan itu hadir ke program prihatin bagi mendapatkan suntikan spiritual dan emosi sebagai dorongan untuk berjaya di dunia dan akhirat.

IMG_20170603_103529“Program ini dilihat mampu mengajak ummah memantapkam ukhuwah dan dalam pada masa sama menyahut seruan saling mengenali antara satu sama lain.

“Ia diadakan sempena Ramadan yang menjurus kepada proses tarbiah dan kesatuan ummah,” katanya yang hadir ke program terbabit.

Menerusi program itu, peserta didedahkan dengan model latihan yang berupaya mempertingkatkan lagi kecerdasan emosi para peserta dalam membangunkan kekuatan diri serta karakter yang lebih utuh.

DSC_0688Pada masa sama, Soffan turut menyerahkan sumbangan penajaan RM 51,240 kepada Pengerusi PEKAWANIS, Datin Seri Shamsida Taharin.

Katanya, dana khusus itu untuk menjayakan lebih banyak usaha melatih golongan itu ekoran kepentingan agenda terbabit kepada kemakmuran sosio ekonomi negeri.

“MBI komited menumpukan iktihar pembentukan karektar moral golongan ini bagi menarik kumpulan sasar keluar dari belenggu kemiskinan.

“Di samping itu, pihak MBI turut menyeru golongan asnaf bangkit dan mempertingkatkan lagi potensi diri untuk merebut peluang-peluang sedia ada dalam pelbagai bidang ekonomi yang diwujudkan,” katanya.

Shamsida turut menyertai program terbabit sebagai peserta bersama-sama peserta bagi memberikan sokongan.

Beliau berhasrat dapat melihat lebih banyak usaha pemerbedayaan ekonomi fakir miskin di Selangor dipertingkatkan.IMG_20170603_103423