Categories
SELANGOR

MBI anjur ‘ESQ Special For Ramadan’ bantu asnaf bangkit

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 3 JUN: Kira-kira 60 peserta pelbagai peringkat umur dipilih menyertai program prihatin ‘ESQ Special For Ramadan’ oleh Pemerbadanan Menteri Besar (MBI).

Program prihatin itu dianjurkan bersama Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) di IDCC, di sini.

Ketua Pegawai Operasi Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), Soffan Affendi Aminuddin berkata, program terbabit merupakan program berunsurkan keilmuan yang memberi manfaat kepada peserta khususnya kepada golongan asnaf fakir dan miskin serta mualaf.

Katanya, pendekatan tahun ini sedikit berbeza apabila golongan itu hadir ke program prihatin bagi mendapatkan suntikan spiritual dan emosi sebagai dorongan untuk berjaya di dunia dan akhirat.

IMG_20170603_103529“Program ini dilihat mampu mengajak ummah memantapkam ukhuwah dan dalam pada masa sama menyahut seruan saling mengenali antara satu sama lain.

“Ia diadakan sempena Ramadan yang menjurus kepada proses tarbiah dan kesatuan ummah,” katanya yang hadir ke program terbabit.

Menerusi program itu, peserta didedahkan dengan model latihan yang berupaya mempertingkatkan lagi kecerdasan emosi para peserta dalam membangunkan kekuatan diri serta karakter yang lebih utuh.

DSC_0688Pada masa sama, Soffan turut menyerahkan sumbangan penajaan RM 51,240 kepada Pengerusi PEKAWANIS, Datin Seri Shamsida Taharin.

Katanya, dana khusus itu untuk menjayakan lebih banyak usaha melatih golongan itu ekoran kepentingan agenda terbabit kepada kemakmuran sosio ekonomi negeri.

“MBI komited menumpukan iktihar pembentukan karektar moral golongan ini bagi menarik kumpulan sasar keluar dari belenggu kemiskinan.

“Di samping itu, pihak MBI turut menyeru golongan asnaf bangkit dan mempertingkatkan lagi potensi diri untuk merebut peluang-peluang sedia ada dalam pelbagai bidang ekonomi yang diwujudkan,” katanya.

Shamsida turut menyertai program terbabit sebagai peserta bersama-sama peserta bagi memberikan sokongan.

Beliau berhasrat dapat melihat lebih banyak usaha pemerbedayaan ekonomi fakir miskin di Selangor dipertingkatkan.IMG_20170603_103423

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

PEKAWANIS rai srikandi Women’s Boat To Gaza

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 21 OKT: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) meraikan srikandi Women’s Boat To Gaza (WBG), Dr Fauziah Hassan hari ini.

Pengerusi PEKAWANIS, Datin Seri Shamsida Taharin berkata, semangat dan tekad doktor berusia 59 tahun itu wajar dijadikan contoh kepada wanita lain.

“Beliau membuktikan kepada kita semua bahawa wanita juga mampu menyumbang perkara hebat kepada dunia.

“Kepahlawanan beliau diharap menyuntik semangat sama kepada kita untuk terus berjuang bukan sahaja untuk diri dan keluarga tetapi juga masyarakat amnya,” katanya kepada Selangor Kini.

Bertempat di Kediaman Rasmi Menteri Besar, selain Fauziah, turut diraikan ialah seorang lagi wakil Malaysia menyertai WBG, Norsham Abu Bakar.

Hadir sama, Yang Di Pertua PEKAWANIS, YAM Tengku Puteri Arafiah, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Exco Negeri, Dr Daroyah Alwi.

Pada 14 September lalu, Fauziah bersama 12 aktivis dan anak kapal wanita memulakan perjalanan dengan kapal Zaytouna-Oliva menuju ke Gaza dari pelabuhan Vell di Barcelona.

womens-boat-to-gaza-wbgSebelum itu, kapal dinaiki Norsham yang sudah berlepas bagaimanapun mengalami kerosakan dan terpaksa berpatah balik, seterusnya tidak dapat meneruskan misi kemanusiaan ke Palestin.

Selepas 21 hari bertolak, Zaytouna-Oliva dipintas tentera laut rejim pada kedudukan 42 batu nautika dari pantai Gaza jam 9.58 malam, 6 Oktober lalu, sebelum dibebaskan.

Pada 7 Oktober lalu, Fauziah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

-nR-

Categories
SELANGOR

Wanita terlibat JMB dituntut teroka ilmu, depani cabaran urus komuniti

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 15 OKT: Golongan wanita bergiat dalam Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Perbadanan Pengurusan (MC) menuntut komitmen tinggi mengurus komuniti pangsapuri.

Isteri Dato’ Menteri Besar, Datin Seri Shamsida Taharin berkata, golongan wanita tidak harus berputus asa untuk menambah ilmu berkaitan pengurusan dan penyelenggaraan.

Katanya, hal itu kerana ia merupakan senjata ampuh dalam mendepani cabaran penduduk serta pembangunan pangsapuri yang semakin rencam.

cp2a8071-1024x683“Diharapkan wanita JMB/MC dapat menyumbang kepada pembangunan serta pemeriksaan komuniti pangsapuri itu.

“Peranan wanita mempunyai kesan yang sangat besar dalam pembinaan masyarakat bersahsiah mulia,” katanya ketika merasmikan Majlis Aspresiasi Wanita Pangsapuri Selangor, di Dewan Megawati, Kediaman Menteri Besar, di sini.

Hadir sama Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi dan Ketua Pegawai Eksekutif LPHS, Norzaton Aini Mohd Kasim.

cp2a8092-1024x576Pada masa sama, Shamsida berkata asas pembinaan modal insan melalui keluarga yang sempurna merupakan teras penting Selangor menuju ke arah ‘Smart State’.

“Sensitiviti wanita terutama suri rumah terhadap persekitaran amat dituntut bagi mendidik dan menanam sifat mulia dalam diri anak-anak seperti tolong menolong, kebersihan dan tidak mementingkan diri,” katanya.

Majlis yang dihadiri 206 wanita daripada 74 pangsapuri itu turut dimeriahkan dengan persembahan artis tersohor, Dato’ Siti Nurhaliza

Penganjurannya sempena Sambutan Pangsapuri Malaysia Harmoni Selangorku 2016 anjuran LPHS.

-nR-